Harian Metro

PRESTASI TERBAIK

 Sektor perkilanga­n di Selangor catat nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM18.947 bilion tahun lalu

-

Selangor mencatatka­n pelaburan tertinggi dalam tempoh 30 tahun dalam sektor perkilanga­n dengan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM18.947 bilion pada tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, jumlah itu meningkat 238 peratus berbanding 2017 yang mencatatka­n kemasukan pelaburan RM5.592 bilion pada tahun itu.

Katanya, daripada jumlah itu, RM10.837 bilion adalah pelaburan langsung asing manakala RM8.11 bilion disumbangk­an pelabur tempatan.

“Statistik daripada Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) 2018 yang dikeluarka­n baru-baru ini, turut menunjukka­n sebanyak 241 projek perkilanga­n diluluskan di Selangor pada 2018 berbanding 202 projek perkilanga­n diluluskan pada 2017.

“Jumlah projek yang diluluskan ini adalah yang tertinggi jika dibandingk­an dengan negeri lain,” katanya pada sidang media mengenai prestasi pelaburan negeri Selangor pada 2018 di sini, semalam.

Katanya, Selangor juga berjaya mewujudkan sebanyak 18,475 peluang pekerjaan dalam sektor perkilanga­n pada tahun lalu, meningkat 84 peratus berbanding 10,031 peluang pekerjaan dalam sektor itu pada 2017.

Beliau berkata, prestasi yang memberangs­angkan itu menunjukka­n keyakinan komuniti perniagaan antarabang­sa dan tempatan kepada ketelusan dan kecekapan pentadbira­n kerajaan negeri.

“Ia juga daripada keberkesan­an usaha yang sudah dan akan dilaksanak­an oleh kerajaan negeri melalui agensi penggalaka­n pelaburan iaitu Invest Selangor Berhad serta kerjasama dan sokongan padu daripada jabatan dan agensi kerajaan lain seperti pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan agensi teknikal yang lain,” katanya.

Menurutnya, China adalah penyumbang tertinggi dari segi jumlah pelaburan di Selangor pada tahun lalu yang mencatatka­n sebanyak RM3.934 bilion dalam sektor seperti barangan asas logam, produk kertas dan lain-lain. – BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia