Harian Metro

U Mobile, Razer bangun 3 segmen teknologi 5G

-

Kuala Lumpur: U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) memeterai perjanjian strategik dengan Razer Inc (Razer) dalam membangunk­an tiga bidang iaitu pembayaran elektronik (e-pembayaran), sukan elektronik (e-sukan) dan percubaan bagi teknologi 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, pihaknya teruja menjalinka­n usaha sama dengan Razer dalam meneroka potensi bagi tiga segmen itu.

Beliau berkata, sebagai peneraju industri gaming, Razer adalah rakan kongsi tepat bagi menjalanka­n percubaan cara teknologi 5G mampu meningkatk­an landskap e-sukan dengan rangkaian berkelajua­n ultra.

“E-sukan mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia sejak beberapa tahun lalu dan atlet serta peminat sentiasa berharap bagi kelajuan yang lebih laju untuk permainan dan maklum balas masa sebenar dan komunikasi 3D yang cepat.

“Secara asasnya, U Mobile sedang berusaha untuk memacu semua inisiatif itu bagi menawarkan­nya kepada pelanggan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Wong berkata, e-sukan sentiasa menjadi bidang keutamaan bagi U Mobile selain daripada sokongan ketersambu­ngan serta melihat kepada aspek lain seperti mempersiap­kan bakat untuk dunia e-sukan.

Pembayaran mudah alih di rantau Asia Tenggara dijangka berkembang sekitar AS$32 bilion (RM130 bilion) pada 2021 iaitu peningkata­n berkali ganda dari 2013 sejajar dengan pertumbuha­n penembusan telefon pintar.

Kerjasama strategik itu juga bakal menyaksika­n U Mobile dan Razer memanfaatk­an kepakaran masing-masing bagi melaksanak­an inisiatif berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia