Harian Metro

Eksklusif di Shopee

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Nestle lancar inovasi paling popular buat kali pertama dalam talian mulai 25-31 Mac ini

Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) melancarka­n kempen di platform beli-belah Shopee yang akan menawarkan promosi menarik membabitka­n pelbagai produk Nestle bermula dari 25 hingga 31 Mac ini.

Tarikan utama kempen adalah pelancaran beberapa inovasi paling popular Nestle yang ditawarkan buat kali pertama secara dalam talian dan eksklusif di Shopee. Produk itu termasuk

stik terbaharu iaitu produk pertama yang dilancarka­n secara eksklusif melalui e-dagang bersama produk lain seperti Maggi Pedas Giler dalam tiga perisa pedas iaitu Ayam Bakar, Tom Yummz dan Seafood Berapi, bijirin Granola Protein Milo, Milo Bijirin Penuh dan susu Nestle Justmilk Strawberi.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, segmen e-dagang membuka peluang luas untuk menjana pertumbuha­n, menggiatka­n inovasi serta mendekati pelanggan dengan cara baharu dan menarik.

“Melalui usaha sama ini, kami bercadang untuk terus meluaskan asas pelanggan kami dan menawarkan pengalaman beli-belah lebih baik yang memberikan nilai tinggi kepada rakyat Malaysia,” katanya pada pelancaran

di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, kempen di Shopee itu membuka lembaran baharu penting bagi kedua-dua pemimpin dalam industri masing-masing.

Menurutnya, usaha pemasaran bersama antara Nestle dan Shopee akan terus meningkatk­an pendedahan dan mengukuhka­n kedudukan dalam talian Nestle.

“Nestle juga boleh mendapatka­n pendedahan dan kunjungan maksimum melalui kempen mereka berikutan diadakan serentak dengan Jualan Mega Shopee 27.3,” katanya.

 ??  ?? ARANOLS (tengah) bersama Ho (kanan) pada pelancarka­n kempen Nestle Super Brand Day di Menara Ken, Taman Tun Dr. Ismail, semalam.
ARANOLS (tengah) bersama Ho (kanan) pada pelancarka­n kempen Nestle Super Brand Day di Menara Ken, Taman Tun Dr. Ismail, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia