Harian Metro

Lazada unjur GMV lebih RM100 juta

-

Kuala Lumpur: Lazada, platform beli-belah dalam talian menjangkak­an kempen sambutan ulang tahun ketujuhnya mampu menjana nilai barangan kasar (GMV) melebihi 100 peratus atau melangkaui RM100 juta apabila ia dimulakan pada 21 hingga 27 Mac ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Andrew Gnanananth­am berkata, sebelum ini platform itu merekodkan GMV melebihi RM100 juta pada 2017 melalui kempen jualan 11.11 dan mencatatka­n jumlah sama dalam tempoh lebih pantas iaitu sebelum jam 9 pagi pada edisi 11.11 tahun lalu.

“Kami melihat kempen yang disertai lebih daripada 70,000 penjual ini akan mengatasi GMV dalam tempoh masa lebih pantas berbanding tahun lalu,” katanya selepas pelancaran ulang tahun ketujuh Lazada di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow.

Beliau berkata, pihaknya percaya kempen itu akan mendapat maklum balas baik daripada rakyat di negara ini berikutan jangkaan trend positif dalam kalangan pengguna platformny­a pada tahun ini.

Menurutnya,

syarikat mendapati pelanggan baharu yang menyertai platform itu membeli-belah dengan lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya setiap bulan berbanding hanya sekali dalam tempoh dua hingga tiga bulan tahun sebelumnya.

“Orang ramai kini membeli barangan perkakasan rumah serta produk pakaian dan kecantikan dengan kerap.

“Dengan seorang daripada tiga pengguna Malaysia menggunaka­n aplikasi Lazada, kami menjadi platform bagi tujuan keperluan harian, hiburan dan perniagaan,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan ulang tahun Lazada, beliau berkata, pihaknya bakal melakukan penstriman secara langsung bagi konsert penyanyi terkenal antarabang­sa, Dua Lipa buat kali pertama ke enam pasaran Asia Tenggara pada 26 Mac ini.

 ??  ?? CHOW (kanan) bersama Andrew pada pelancaran kempen sambutan ulang tahun ketujuh Lazada, semalam.
CHOW (kanan) bersama Andrew pada pelancaran kempen sambutan ulang tahun ketujuh Lazada, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia