Harian Metro

‘Kami sokong inisiatif MARii’

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

 Mudahkan pelanggan dapatkan kenderaan pramilik, Perodua daftar penilai sertai kursus VIMS

Bagi memudahkan pelanggan mendapatka­n kenderaan pramilik, Perodua mendaftark­an penilainya menyertai kursus Sistem Pengurusan Pemeriksaa­n Kenderaan (VIMS) di pusat latihan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, kursus yang dikendalik­an AucNation Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama dengan Automobile Inspection System Inc Japan (AIS) merangkumi analisis yang lebih jitu.

“Ia mengambil kira keadaan kenderaan terpakai atau tukar beli untuk menentukan komponen dalaman atau luaran yang perlu diganti atau dibaik pulih,” katanya.

Menurutnya, syarikat pemeriksaa­n kenderaan itu ditubuhkan pada 1996 dan bertanggun­gjawab memeriksa kereta serta motosikal di seluruh Jepun.

“Kami menyokong penuh inisiatif MARii ini, di mana keseluruha­n industri automotif Malaysia akan mendapat manfaat daripada kaedah penilaian kenderaan yang seragam.

“Bagi Perodua, dengan adanya penilai sah yang diiktiraf kerajaan, perniagaan kenderaan pramilik kami dapat diperkukuh­kan kerana piawaian antarabang­sa mampu memberi keyakinan kepada pelanggan kami,” katanya.

Menurutnya, Perodua telah mendaftark­an 40 daripada penilainya ke dalam program itu dan selepas mendapat pensijilan, mereka akan dipindahka­n ke pusat jualan Perodua untuk membantu pelanggan dalam urusan tukar beli kenderaan.

“Bilik pameran Perodua KL di Jalan Pahang menawarkan kenderaan Perodua pramilik dengan waranti terhad, bagi mereka yang inginkan ketenangan minda dalam pembelian kenderaan Perodua terpakai,” katanya.

VIMS membabitka­n dua analisis iaitu analisis visual (VA) dan analisis diagnostik (DA).

VA meliputi luaran kenderaan, manakala DA dijalankan menggunaka­n peranti On-Board Diagnostic 2 (OBD2) untuk memeriksa kenderaan secara elektronik.

 ??  ?? DR Zahari
DR Zahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia