Harian Metro

ABANG DARI NERAKA

- AFP

 Penggal kepala adik 12 tahun selepas mangsa mahu lapor tindakan mereka merogolnya kepada polis

Kekejaman tiga lelaki di Madhya Pradesh tiada batasnya kerana memenggal kepala adik perempuan yang berusia 12 tahun selepas mangsa dipercayai mahu melaporkan kepada polis tindakan mereka merogolnya bersama bapa saudara mereka.

Menurut polis, dua daripada lelaki itu sudah ditahan bersama bapa saudara mereka yang berusia 40 tahun dan memburu seorang lagi selepas mayat mangsa ditemui di daerah Sagar, minggu lalu.

Polis berkata, bapa saudara gadis itu yang berusia 40 tahun juga ditangkap dan polis kini memburu seorang lagi abang mangsa selepas mayatnya ditemui di daerah Sagar, Madhya Pradesh pada minggu lalu.

Semua suspek pada mulanya cuba mereka cerita kononnya mangsa dibunuh pihak lain yang mempunyai perbalahan dengan keluarga mereka namun polis mengesyaki sesuatu kerana kenyataan berbeza antara mereka.

Siasatan polis kemudian mendapati abang sulung sudah melarikan diri.

“Itu petunjuk penting.

“Semua lelaki itu (tiga beradik lelaki dan bapa saudara mereka) merogol budak perempuan berkenaan.

“Apabila mangsa mengancam mahu melaporkan­nya kepada polis, mereka menjerut leher mangsa hingga mati sebelum memenggal kepalanya dengan sabit dan membuang mayat,” kata jurucakap polis Sagar, Amit Sanghi ketika dihubungi AFP melalui telefon. Sanghi berkata, bedah siasat menunjukka­n mangsa dirogol beramai-ramai, diliwat dan ‘aktiviti seks luar biasa.’

“Saya tidak pernah menemui jenayah sekejam ini. Peguam juga tidak mahu mewakili suspek dalam kes berkenaan,” jelasnya.

India mempunyai rekod serangan seksual terhadap remaja bawah umur yang tinggi dengan lebih 36,000 kes dilaporkan pada 2016.

Jawatan Kuasa Hak Asasi Kanak-kanak pada 2014 mendedahka­n, satu daripada kes rogol di India adalah membabitka­n mangsa bawah umur dan hampir separuh mangsa mengenali penyerangn­ya.

Selepas kes seorang pelajar kolej dirogol beramai-ramai dan dibunuh yang mencetuska­n rusuhan pada 2012, kerajaan menggubal undang-undang serta memperkena­lkan hukuman lebih keras tetapi kadar jenayah itu masih tinggi.

Jenayah itu meningkatk­an kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita di India dan menyaksika­n hukuman lebih keras dan mempercepa­tkan perbicaraa­n di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia