Harian Metro

2,000 kereta musnah kapal kontena Itali terbakar

-

Paris: Kira-kira 2,000 kereta termasuk tiga dozen Porsche berharga sehingga AS$293,200 (hampir RM1.2 juta) setiap satu musnah selepas kapal kontena Itali, MV Grande America terbakar di Lautan Atlantik dekat pantai Perancis, kelmarin.

Selain model Porsche 911 GT2 RS, beberapa model lain, termasuk 718 Cayman, Boxter dan Cayenne serta kereta jenama Audi termasuk model Audi A3, A5, RS4, RS5, dan Q7 turut musnah.

Daily Mail melaporkan, pembuat kereta Porsche di Jerman mengesahka­n kapal dagang itu membawa empat model RS 911 GT2 yang setiap satu berharga RM1.2 juta untuk pelanggan di Brazil.

Pengeluara­n bagi model khas itu sudah dihentikan Februari lalu.

Dalam kenyataann­ya, pengeluar Porsche berpangkal­an di Stuttgart, Jerman, memohon maaf kepada pelanggann­ya di Brazil.

Kesemua 27 anak kapal Grande America berjaya diselamatk­an oleh kapal tentera laut Britain, HMS Argyll, manakala pihak berkuasa Perancis giat membersihk­an tumpahan minyak.

HMS Argyll mengambil masa lapan jam untuk sampai ke lokasi dan menyelamat­kan kru kapal dagang itu di Teluk Biscay.

Anak kapal terbabit sudah mereka menyelamat­kan dari kapal dengan menaiki bot penyelamat namun tidak boleh bergerak jauh berikutan kerosakan enjin.

Pemerintah HMS Argyll, Leftenan Dave Tetchner berkata, 27 kru yang diselamatk­an itu dibawa ke Pelabuhan Brest, Perancis. - Agensi

 ??  ?? KAPAL dagang Itali MV
Grande America terbakar dekat perairan Perancis. - Agensi
KAPAL dagang Itali MV Grande America terbakar dekat perairan Perancis. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia