Harian Metro

Kami mahu keadilan!

 Ribuan pelajar tunjuk perasaan selepas remaja maut dilanggar bas

- AFP

Dhaka

Ribuan pelajar melancarka­n tunjuk perasaan di Dhaka semalam selepas seorang remaja maut dilanggar sebuah bas yang dipandu laju, beberapa bulan selepas insiden yang sama mencetuska­n bantahan antikeraja­an terbesar di Bangladesh dalam tempoh beberapa dekad.

Penunjuk perasaan yang melaungkan slogan “Kami mahukan keadilan!” menghalang beberapa persimpang­an utama di bandar raya itu dan mendesak kerajaan bertegas mengenai keselamata­n jalan raya.

Bantahan itu diadakan sehari selepas seorang remaja yang berjalan kaki dirempuh sebuah bas yang dipandu laju.

“Kami meminta semua pelajar masuk ke dalam kelas masing-masing. Biar kami lakukan tugas kami,” kata Ketua Polis Dhaka, Asaduzzama­n Mia.

Tunjuk perasaan berkenaan mengimbau kembali bantahan jalanan pada Ogos tahun lalu yang berlanjuta­n selama seminggu selepas dua pelajar terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di jalan raya sekali gus menjadi cabaran besar terhadap Perdana Menteri, Minister Sheikh Hasina.

Sheikh Hasina memerintah untuk penggal ketiga berturut-turut selepas memenangi pilihan raya pada Disember lalu yang tercemar dengan dakwaan melakukan penipuan dan menahan tokoh pembangkan­g.

Polis bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata, memukul dan menangkap beberapa pelajar serta pengkritik kerajaan yang menyertai bantahan berkenaan. Tindak balas terhadap perhimpuna­n aman itu juga mengundang kritikan antarabang­sa.

Sektor pengangkut­an di Bangladesh terkenal dengan amalan rasuah, tidak mengikut undang-undang serta berbahaya.

Ribuan bas dan lori yang menguasai jalan raya tanpa lesen serta permit yang sah.

Menurut sebuah kumpulan pemantau, kira-kira 12,000 orang terbunuh setiap tahun akibat kemalangan di jalan raya yang bahaya di Bangladesh.

 ??  ?? PELAJAR menghalang beberapa persimpang­an utama di bandar raya itu. - Agensi
PELAJAR menghalang beberapa persimpang­an utama di bandar raya itu. - Agensi
 ??  ??
 ?? - Agensi ?? PELAJAR menunjuk perasaan di Dhaka, Bangladesh berikutan kematian seorang pelajar selepas dilanggar bas, semalam.
- Agensi PELAJAR menunjuk perasaan di Dhaka, Bangladesh berikutan kematian seorang pelajar selepas dilanggar bas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia