Harian Metro

Peluang Jokowi menang pilihan raya makin kecil

-

Jakarta: Tinjauan terbaru pilihan raya Indonesia menunjukka­n Presiden Joko ‘Jokowi’ (gambar)masih mendahului untuk menang namun jurang semakin sempit menjelang beberapa minggu Pilihan Raya presiden pada 17 April ini.

Tinjauan oleh Litbang Kompas iaitu sebahagian daripada antara akhbar terbesar Indonesia, Kompas, menunjukka­n peluang untuk Widodo menang sekitar 49.2 peratus berbanding Prabowo Subianto, 37.4 peratus.

Meskipun mendahului dengan dua digit dalam tinjauan terbaru yang diadakan pada 22 Februari dan 5 Mac lalu, namun perbezaan peluang untuk menang semakin mengecil untuk Jokowi iaitu 11.8 peratus berbanding 19.1 peratus dalam tinjauan Kompas pada Oktober lalu.

Hasil tinjauan menunjukka­n sokongan terhadap Jokowi merosot dalam kalangan generasi yang baru matang berusia antara 31 hingga 40 tahun serta pengundi baru.

Bagaimanap­un, tinjauan agensi lain Januari lalu, termasuk Penyelidik dan Perunding Saiful Mujani serta firma beribu pejabat di Australia, Ray Morgan, menunjukka­n Jokowi memiliki kelebihan 20 peratus berbanding Prabowo.

Jurucakap pasukan kempen Jokowi, Meutya Hafid berkata, pihaknya yakin Presiden itu akan berjaya mempertaha­n jawatannya dengan jurang besar.

“Ada beberapa petunjuk Jokowi akan mendapat undi lebih tinggi berbanding 2014, termasuk di kawasan yang selama ini kubu kuat Prabowo, termasuk Jawa Barat,” katanya merujuk kepada wilayah paling padat di Indonesia

Calon naib presiden Prabowo, ahli perniagaan Sandiaga Uno, dianggap membawa perubahan besar kepada pesaing Jokowi itu dengan mencipta populariti di Internet, terutama wanita dan golongan muda.

Minggu lalu, Sandiaga menyerang rekod Jokowi bagi pendidikan dan kesihatan dengan menyatakan bakal kerajaanny­a mampu menyelesai­kan masalah rakyat dalam isu pendidikan serta defisit besar sektor insurans kesihatan.

Rekod Jokowi semakin tercemar apabila seorang ahli politik dalam pasukan kempennya ditahan agensi pencegah rasuah Indonesia minggu lalu. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia