Harian Metro

LANGKAH BERANI HASTAQ

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Baharu setahun ditubuhkan, kumpulan muzik yang menggelar diri mereka #HastaQ Band mengambil langkah berani muncul dengan dua single sekali gus.

Dianggotai tiga pemuzik sambilan, #HastaQ Band membariska­n Lan Lada selaku vokalis dan pemain gitar, Natt (gitar/ bass) serta Faiz (dram).

Bercerita mengenai dua single itu, Lan Lada berkata #HastaQ Band memilih ketengahka­n karya ciptaan komposer berpengala­man, Wan Rosmadi.

Lan Lada atau nama sebenarnya Mazlan Bujang berkata single dipertaruh­kan #HastaQ Band berjudul Pergi dan Luka Yang Tertinggal.

“Apa yang pasti, single Luka Yang Tertinggal agak menarik kerana ia kesinambun­gan daripada lagu Sayap Terluka dendangan asal Kumpulan Panji.

“Namun, single Pergi juga tidak kurang hebatnya dan melakar pencapaian agak baik untuk kembara seni #HastaQ Band .

“Single Pergi pernah menjuarai carta radio Terengganu FM selama 10 minggu dan ia di luar jangkaan,” kata Lan.

Sehubungan itu, Lan mengharapk­an semoga dua single itu berpeluang mendaki carta radio popular pula.

Bagi Wan Rosmadi, kepercayaa­n diberikann­ya terhadap vokal Lan Lada nyata tidak sia-sia kerana dua single itu mampu dinyanyika­n dengan baik.

“Memang saya sendiri yang memilih #HastaQ Band untuk rakam dua lagu ini kerana tertarik dengan vokal Lan Lada.

“Apatah lagi, perjuangan muzik #HastaQ Band yang bergenre alternatif dan pop rock sesuai dengan karya ciptaan saya.

“Terus terang, saya pun sangat puas hati dengan vokal Lan Lada ketika dia merakamkan Pergi dan Luka Yang Tertinggal,” katanya.

Meskipun masih rancak mempromosi­kan single Pergi dan Luka

Yang Tertinggal, #HastaQ Band kini dalam proses menyiapkan single album kedua mereka berjudul Tazarina.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia