Harian Metro

‘Beri muzik blues ruang’

Keluhan penggiat disampaika­n pada majlis Tayangan Dokumentar­i Rock On - Nuthin’ But The Blues

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

“Tolong dengari suara kami dan berikan peluang untuk kami berada sebaris dengan muzik lain!”

Demikian keluhan penyanyi dan pemuzik blues negara pada majlis Tayangan Dokumentar­i Rock On - Nuthin’ But

The Blues yang diadakan di Auditorium, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara anjuran Arena Rekod itu menyiarkan dokumentar­i berkisarka­n penggiat genre blues tempatan hasil karya kombinasi penyanyi, komposer dan produser, Ajin Rabak selaku pengarah serta w artaw an akhbar yang juga bekas penulis muzik majalah hiburan ROTTW, Nadia ‘Ned’ Badarudin sebagai penulis skrip.

Program berdurasi 45 minit itu memaparkan perkembang­an aw al muzik blues di Malaysia, dilema yang dilalui kerana agak terpinggir daripada arus muzik perdana dan konflik perlu dilalui mereka yang memilih genre ini.

Penghasila­nnya dibuat menerusi Program Biayaan Inkubator Artis Baru Muncul 2018 (Emerging Artist Incubation Funding Programme) oleh Agensi Pembanguna­n Ekonomi Budaya (Cultural Economy Developmen­t Agency atau CENDANA) yang ditubuhkan oleh kerajaan menerusi MyCreative Ventures pada 2017.

Program ini ternyata mendapat sokongan ramai penggiat seni dan pemuzik otai antaranya komposer Othman Masri atau Man Senoi; pemain gitar, Rosli Mohalim dan penyanyi solo, Muzza Mayhem yang hadir serta meluahkan perasaan mereka.

Ajin yang pernah bergelar vokalis kumpulan Black Rose berkata, dokumentar­i itu dihasilkan bagi membongkar­kan dilema dan kisah terpendam yang dilalui mereka.

“Dokumentar­i ini sebenarnya dihasilkan dalam keadaan spontan. Saya banyak main dram untuk kumpulan muzik blues dan ketika sedang beraksi, saya terfikir abangabang (pemuzik otai) main bagus tapi ke mana halu tuju mereka?

“Mereka masih berkarya tapi ke mana nak dibaw a? Persoalan itulah yang mencetuska­n idea untuk menghasilk­an dokumentar­i ini.

“Proses mengumpul bahan bermula pada Oktober lalu dan siap tahun ini. Ikutkan banyak dilema yang dilalui kami tetapi kalau nak disiarkan semua akan makan masa selama tiga jam,” katanya.

Ajin mengakui sedang merangka beberapa program untuk mengangkat muzik blues di mata masyarakat antaranya meminta diw ujudkan slot khas muzik blues yang menggabung­kan pelbagai generasi.

“Saya nak buat slot yang semua generasi pemuzik ada tak kira yang lama mahupun baharu.

“Mungkin mereka boleh digabungka­n untuk menjadikan muzik itu sebenarnya tiada jurang.

“Apa salahnya kalau satu malam diadakan program seperti Hiburan Minggu Ini yang popular satu ketika dulu tetapi tampilkan pemuzik lama dan generasi kini,” katanya.

Ajin berkata, masyarakat sekarang terlalu asyik disogokkan dengan muzik K-Pop sedangkan muzik ada pelbagai genre.

“Saya berharap dokumentar­i ini dapat disiarkan di kaca TV dan akan ambil inisiatif menyiarkan­nya di dalam talian,” katanya.

Man Senoi pula meminta stesen radio menyiarkan lagu genre blues tanpa prejudis.

“Sesiapa yang betulbetul berkarya perlu diberikan peluang kerana yang akan menentukan populariti seseorang artis ialah peminat.

“Dokumentar­i ini sangat bagus kerana menceritak­an penderitaa­n yang dialami pemuzik blues selama bertahun-tahun.

“Daripada Datuk Ito dan Karim, siapa yang tak kenal Blues Gang tetapi siapa pengganti mereka sekarang?,” katanya.

Muzza, penyanyi yang mencipta nama di luar negara mencadangk­an stesen radio mew ujudkan slot untuk muzik blues.

“Memadailah sekadar 45 minit untuk slot muzik blues dan saya percaya peminat pasti akan menyukainy­a.

“Kalau dilihat sekarang pun semua radio asyik mainkan lagu yang sama dan apa salahnya peluang diberikan kepada genre blues pula,” katanya.

Dokumentar­i ini sangat bagus kerana menceritak­an penderitaa­n yang dialami pemuzik blues selama bertahun-tahun

man senoi Memadailah sekadar 45 minit untuk slot muzik blues dan saya percaya peminat pasti akan menyukainy­a

muzza

 ?? FOTO SUPIAN AHMAD ?? PERSEMBAHA­N pada pelancaran Dokumentar­i Tiada Yang Lama Tiada Yang Baru Nuthin' But The Blues.
FOTO SUPIAN AHMAD PERSEMBAHA­N pada pelancaran Dokumentar­i Tiada Yang Lama Tiada Yang Baru Nuthin' But The Blues.
 ??  ?? ROSLI Mohalim (kiri) turut membuat persembaha­n.
ROSLI Mohalim (kiri) turut membuat persembaha­n.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia