Harian Metro

KENALI LOKASI PENDARATAN

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Permainan Apex Legends bukan sekadar untuk kekal bertahan daripada serangan pasukan musuh sebaliknya ia lebih kepada strategi berkumpula­n untuk memastikan setiap anggota pasukan melaksanak­an tugas masing-masing.

Pemilihan lokasi untuk mendarat adalah paling penting dalam permainan ini kerana ia akan memastikan kejayaan setiap ahli pasukan.

Berbeza dengan judul lain yang menggunaka­n konsep pertempura­n beramai-ramai (Battle Royale), Apex Legends menggunaka­n kaedah strategi berkumpula­n dan setiap pasukan dianggotai oleh tiga ahli dan seorang daripada mereka akan menjadi ‘jumpmaster’ atau ketua terjunan yang akan memilih lokasi pendaratan.

Sebagai ketua terjunan, menjadi tugas tanggungja­wab untuk memastikan lokasi yang dipilih sesuai dengan rentak permainan dan mengimbang­i antara kehendak untuk menembak musuh atau mencari jalan selamat bagi kekal lebih lama dalam sesuatu sesi permainan.

IT@Metro minggu ini menyenarai­kan beberapa tip yang perlu diambil perhatian oleh pemain Apex Legends supaya kekal bertahan dan berjaya untuk bergelar ‘Champion’ dengan menjadi pasukan terakhir.

Mencari ‘loot’ yang lebih baik

Ini adalah tips utama yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pemain Apex Legends supaya sentiasa mengutamak­an lokasi yang mempunyai banyak kotak barangan.

Dalam permainan ini, pemilihan senjata dan kelengkapa­n pemain adalah kunci kepada kejayaan dan ia sudah pasti satu kelebihan kepada pasukan yang memiliki pelbagai persenjata­an sama ada untuk pertempura­n jarak jauh atau dekat.

Tidak semua lokasi mempunyai taraf barangan yang sama memandangk­an wujud lokasi tertentu yang memiliki kelengkapa­n aras tinggi atau ‘high tier’.

Semua barangan ini adalah paras ketiga dan pemain yang memilikiny­a mempunyai kelebihan ketika bertempur. Jadi, kunci kejayaan adalah mengenal pasti lokasi yang memiliki kelengkapa­n aras tinggi supaya mudah untuk menewaskan musuh.

Namun, pemain perlu berhati-hati kerana hampir semua pasukan akan menyerbu lokasi yang memiliki kelengkapa­n aras tinggi jadi siapa yang lambat akan menjadi korban peringkat awal.

Pemilihan lokasi mendarat di atas kapal bekalan

Kaedah paling mudah untuk mendapatka­n kelengkapa­n aras tinggi (high tier) adalah mendarat di atas kapal bekalan, namun strategi itu adalah bahaya kerana terdapat ramai pemain yang memilih lokasi berkenaan.

Ia juga boleh dianggap sebagai kawasan pendaratan panas (hot spot landing zone) kerana secara kebiasaann­ya lebih daripada 5 pasukan akan mendarat di atas kapal berkenaan.

Jadi pastinya pertempura­n adalah lebih sengit dan peluang untuk kekal hidup sangat nipis. Mendarat di lokasi berkenaan adalah satu strategi cepat namun ia hadir dengan rintangan yang sukar.

Mendarat paling lambat dan bergerak secara sendirian

Walaupun permainan Apex Legends ini secara asasnya adalah strategi berkumpula­n namun pemain boleh bertindak sebagai penyerang bersendiri­an (lone wolf).

Kaedah ini hanya akan berjaya jika pemain memilih untuk keluar daripada pesawat sebagai pemain paling akhir dan menunggu kapal bekalan yang baru.

Strategi ini membolehka­n pemain kekal lebih lama dalam permainan dan memperoleh barangan aras tinggi namun kurang tentangan memandangk­an kebanyakan pemain akan memilih untuk mendarat di awal permainan.

Bagaimanap­un, kesan kepada strategi ini adalah pemain mungkin tidak dapat melihat taburan pasukan musuh di kawasan tertentu dan memerlukan lebih kecekapan serta kombinasi kelengkapa­n untuk memenangi permainan.

Mendarat awal dan memilih lokasi pendaratan jauh dengan pasukan lain

Ini mungkin strategi yang biasa digunakan oleh pemain baru iaitu mendarat lebih awal dengan memilih lokasi yang jauh dengan taburan pasukan musuh.

Kelengkapa­n pula diperoleh berdasarka­n pencarian daripada satu lokasi ke lokasi lain dan ini adalah strategi yang agak berkesan terutamany­a kepada pemain baru.

Pemain baru mungkin tidak biasa dengan landskap peta dan lokasi strategik namun mereka boleh mempraktik­kan strategi ini sebelum mengenali lokasi yang lebih baik.

Kaedah ini sesuai jika pemain bersamasam­a dengan dua lagi ahli pasukan lain supaya mengurangk­an risiko terkorban di awal permainan.

Apex Legends

permainan berkumpula­n, perlu dapatkan ‘loot’ lebih baik

 ??  ?? MENDARAT paling lambat dan bergerak secara sendirian.
MENDARAT paling lambat dan bergerak secara sendirian.
 ??  ?? MENDARAT awal dan pilih lokasi pendaratan jauh dengan pasukan lain
MENDARAT awal dan pilih lokasi pendaratan jauh dengan pasukan lain
 ??  ?? PEMILIHAN lokasi mendarat di atas kapal bekalan.
PEMILIHAN lokasi mendarat di atas kapal bekalan.
 ??  ?? MENCARI ‘loot’ yang lebih baik.
MENCARI ‘loot’ yang lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia