Harian Metro

EA kumpul data selesai masalah Anthem

-

Penerbit permainan terkemuka, Electronic Arts (EA) mengumumka­n pihaknya menyedari terdapat masalah dalam permainan BioWare Anthem untuk konsol Sony Playstatio­n 4 (PS4).

Pada kenyataan media, pihaknya berusaha memperbaik­i masalah berkenaan dan meminta pemain yang menghadapi masalah melaporkan­nya kepada mereka sebagai rujukan data.

“Kami dalam proses mengumpul maklumat berkaitan masalah di dalam permainan Anthem terutama membabitka­n segmen PS4.

“Maklumat daripada pemain sangat penting untuk kita analisisi seterusnya menyelesai­kan isu ini,” katanya.

Sehubungan dengan masalah dalam permainan itu, beberapa pemain mendakwa Sony turut menawarkan ganti rugi dengan pulangan semula wang un- tuk permainan berkenaan.

Sejak permainan Anthem dilancarka­n, wujud beberapa kesulitan yang dihadapi oleh pemain seperti masalah sistem sambungan dan bagi pemain untuk segmen PC, mereka menghadapi masalah permainan terkeluar dan kembali kepada Windows.

Biarpun Anthem menghadapi beberapa masalah sejak ia dilancarka­n, pembangun permainan itu, BioWare kekal komited untuk menyelesai­kan setiap masalah dan menjadikan Anthem sebagai permainan berjaya tahun ini.

Berdasarka­n beberapa web analisis kritikal permainan, kebanyakan­nya meletakkan penarafan bagi Anthem 6.5 daripada 10 mata kerana permainan itu mempunyai idea yang sangat baik namun bergelut untuk merealisas­ikan konsep berkenaan.

 ??  ?? QUALCOMM fail tuntutan kepada Apple.
QUALCOMM fail tuntutan kepada Apple.
 ??  ?? PERMAINAN Anthem antara yang bermasalah sejak dilancarka­n.
PERMAINAN Anthem antara yang bermasalah sejak dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia