Harian Metro

Rezeki kek lapis

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Anak kelahiran Sarawak ini pernah berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah swasta di Shah Alam. Malah pernah juga berkhidmat sebagai pensyarah di

Kolej Universiti KDU dan Universiti Putra Malaysia, Bintulu, Sarawak.

Dalam sibuk bekerja, dia seronok membuat kek lapis dan mencuba pelbagai resipi kek moden untuk santapan keluarga. Ada waktunya, dia sibuk memenuhi permintaan kawan sekerja yang menempah kek lapis hasil air tangannya.

Namun, tak lama kemudian, Dayang Mastura Pangiran Hamid, 46, mengambil keputusan berhenti kerja. Anak kelahiran Bintulu ini nekad menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan

empat anak lelaki yang sedang membesar.

“Sejak bekerja lagi saya memang suka mencuba resipi kek dan pastri baru. Pantang ada waktu terluang, saya akan keluarkan peralatan membuat kek dan leka mengerjaka­n hobi ini di dapur.

“Hasilnya, saya jamu rakan dan juga beri kepada saudara. Ada rakan yang mencadangk­an supaya saya membuka tempahan dan menjual kek lapis. Kebetulan ibu saya memang pandai membuat kek lapis secara tradisiona­l. Jadi, saya gunakan bakat yang ada untuk menjual secara sukasuka.

“Saya gembira setiap kali kek dibuat menjadi. Tambahan ada rakan, saudara dan jiran dapat merasa. Sehinggala­h saya berhenti kerja dan menjalani rutin sebagai suri rumah sepenuh masa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia