Harian Metro

Daripada hobi jadi bisnes

-

Dayang Mastura buka kedai selepas 6 tahun beroperasi

di rumah

Jelas Dayang Mastura, sepanjang tempoh berhenti kerja, dia hanya fokus membesarka­n anak. Apabila semua anaknya pandai berdikari, barulah wanita ini mengatur rencana baru untuk memenuhi masa terluang.

“Kebetulan, suami kerja jauh di seberang laut. Jadi, banyak masa yang boleh diluangkan dengan aktiviti menarik. Saya mula mendaftar, mengikuti kelas pembuatan kek dan pastri sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

“Selepas mahir, saya ambil keputusan berniaga kek secara kecil-kecilan di laman Instagram. Alhamdulil­lah, sambutan memang menggalakk­an. Saya mula seronok mencuba pelbagai resipi moden untuk dijadikan kek lapis.

“Melihat kesungguha­n saya mengolah pelbagai resipi, seorang kawan mencadangk­an supaya fokus hanya kepada kek lapis saja. Hampir enam tahun beroperasi di rumah, saya mendapat keyakinan untuk memiliki kedai.

“Tidak kira apa pun situasi, memiliki kedai bukanlah pertaruhan kecil dalam perniagaan. Namun, saya tetapkan pendirian kerana percaya pasti lebih ramai yang mahu membeli kek di kedai berbanding hanya di laman sosial,” katanya. beban kerja di dapur. Memandangk­an kerja membakar kek agak renyah, Dayang Mastura menggaji seorang pembantu.

“Lazimnya, sayalah yang membancuh adunan demi jaminan kualiti dan rasa sama bagi setiap pengeluara­n kek. Pembantu hanya akan melapis kek dan menjalanka­n kerja pembungkus­an.

“Di kedai, saya mula menjual kek lapis dan hasil pastri lain termasuk biskut. Bayangkan, dari sekadar hobi dan jualan secara suka-suka, saya jadi makin seronok apabila mengetahui kek yang dihasilkan dibawa terbang ke negara lain untuk dijadikan hadiah atau buah tangan.

“Dari situ, saya dapat idea untuk membuka kios dan mengukuhka­n pelan perniagaan sedia ada. Saya buat kotak khusus untuk mengisi kek dan mula naik taraf pembungkus­an kek supaya tampak lebih eksklusif,” katanya.

Usahanya membuahkan hasil. Selain menjadi tumpuan penggemar kek lapis dan pelancong untuk dibawa pulang sebagai buah tangan, dia juga mendapat tempahan daripada pasangan yang hendak melangsung­kan perkahwina­n, badan korporat dan golongan kenamaan.

“Mereka beli untuk dijadikan hantaran, cenderahat­i majlis dan hadiah korporat. Paling penting, ramai yang memuji keunikan rasanya. Selain mengekalka­n resipi asli, banyak juga kek saya dihasilkan daripada olahan resipi kek moden.

“Semua resipi moden ini saya belajar ketika menghadiri kelas dulu.

Jadi, terbuktila­h apa yang kita belajar tidak pernah terhad untuk satu-satu kemahiran saja. Kalau ada tekad dan kreatif, tidak mustahil ilmu ‘seciput’ boleh dikembangk­an seluasluas­nya.

“Untuk mengekalka­n rasa kek, saya gunakan bahan premium seperti mentega Perancis dan coklat Belgium. Jadi, rasanya lebih enak dan mewah. Secara tidak langsung, ini menjadi tarikan kepada pembeli,” katanya.

Sekalipun perniagaan­nya lancar kini, Dayang Mastura tetap berdepan pelbagai ujian. Salah satunya adalah mendidik dan mengekalka­n pekerja mahir yang sudah dilatih supaya tidak berhenti.

“Setakat ini saya sudah mempunyai 10 pekerja, termasuk yang menjaga dua kios dan membantu di dapur. Namun, majoriti mereka bekerja sekejapsek­ejap kerana peluang kerja luas mengikut bidang yang mereka ingini.

“Selebihnya adalah cabaran mengurus kewangan. Ramai yang fikir berniaga kek tak mampu pergi jauh tapi saya mahu membuktika­n sebaliknya. Pengurusan wang yang baik, berani meluaskan perniagaan, nekad dan usaha, semua ini perlu ada.

“Saya juga selalu ingatkan diri supaya jangan sesekali berhenti belajar. Ada ramai pengusaha kek lapis yang fikir bahawa kaedah tradisiona­l yang mereka buat sudah cukup. Seeloknya, terokalah ruang yang ada dengan mencuba dan melakukan inovasi terhadap resipi kek moden. Pasti hasilnya berbaloi-baloi,” katanya.

Mereka beli untuk dijadikan hantaran, cenderahat­i majlis dan hadiah korporat. Paling penting, ramai yang memuji keunikan rasanya

 ??  ?? BERSAMA produk yang dihasilkan.
DAYANG Mastura melapis kek di dapur.
BERSAMA produk yang dihasilkan. DAYANG Mastura melapis kek di dapur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia