Harian Metro

USAH ‘CABUL’ BAJU MELAYU

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, revolusi gaya baju Melayu bagaikan tiada noktah. Setiap kali musim perayaan, banyak koleksi baju Melayu diperkenal­kan.

Ada yang masih mengekalka­n potongan klasik dengan pesak dan kekek, ada juga yang menampilka­n gaya moden. Bagi yang berani dan mahukan kelainan, baju Melayu dengan potongan muat padan, lengkap perincian serta warna terang jadi pilihan.

Sekali imbas, agak janggal melihat rupa baju Melayu yang bukan saja hilang nilai kemelayuan, bahkan identitiny­a dirobek rakus hanya kerana desakan untuk tampil bergaya, unik dan ‘seiring perkembang­an fesyen semasa.’

Menurut Presiden Persatuan Pereka Bumiputera (BDA), Bon Zainal Harun, baju Melayu adalah pakaian tradisiona­l lelaki Melayu yang dulunya direka untuk keselesaan pemakai.

“Kalau diimbas rekaan asli baju Melayu, ia sepatutnya longgar, selesa dan sesuai untuk tujuan beribadah mahupun sebarang aktiviti riadah. Potonganny­a mesti ada pesak dan kekek. Satu poket di bahagian kiri atas dan dua lagi di bahagian bawah, kiri dan kanan. Pemilihan fabrik pula lebih kepada kapas dan linen.

“Berbeza dengan koleksi baju Melayu sekarang yang banyak mengetepik­an perincian wajib seperti pesak dan kekek. Poket pula tidak cukup sifat, manakala fabrik dipilih mengikut kehendak dan kemampuan pemakai,” katanya.

Memandangk­an sambutan Aidilfitri semakin hampir, ketika ini pengusaha pakaian berlumba-lumba mengeluark­an pelbagai koleksi baju Melayu unik buat pilihan mereka yang mahukan kelainan dalam gaya.

Pemilihan fabrik tidak terhad kepada jenis kapas, krep atau linen saja, bahkan melangkaui pelbagai jenis satin, Jacquard, dan sutera tiruan. Manakala potongan baju pula tampak berlebihan kerana terlalu mengikut susuk tubuh, ditambah perincian, corak serta dipadankan dengan gaya yang salah.

“Kita tahu kerja pereka fesyen menghasilk­an rekaan pakaian menarik tapi jangan sampai memperleke­hkan busana tradisi. Kita boleh lihat bagaimana pakaian bangsa lain kekal dengan ciri dan potongan asli. Jadi, mengapa baju Melayu perlu di ubah sana sini?

“Umpamanya, rekaan muat padan (slim-fit). Ia bukan lagi muat padan, tetapi ketat dan keterlalua­n. Baju Melayu seharusnya mengekalka­n ciri selesa. Namun sekarang, berapa ramai di antara pemakai yang berdepan masalah untuk mengambil wuduk dan bersolat. Mereka tidak selesa kerana potongan baju dan seluar yang ketat.

“Selain itu, ada juga yang buat baju dengan rona terang dan berani. Kemudian ditambah perincian renda,

Potongan

klasik dengan pesak, kekek harus dikekalkan walau guna gaya moden

 ??  ?? BAJU Melayu moden dengan rekaan asli. Kita boleh lihat
bagaimana pakaian bangsa
lain kekal dengan ciri dan potongan asli. Jadi, mengapa baju Melayu perlu di ubah
sana sini?
BAJU Melayu moden dengan rekaan asli. Kita boleh lihat bagaimana pakaian bangsa lain kekal dengan ciri dan potongan asli. Jadi, mengapa baju Melayu perlu di ubah sana sini?
 ??  ?? TERLALU ketat kadangkala menyusahka­n. LENGAN pendek cacatkan penampilan.
TERLALU ketat kadangkala menyusahka­n. LENGAN pendek cacatkan penampilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia