Harian Metro

Nyatakan batasan secara jelas

-

Digital parenting atau pengasuhan digital mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan ibu bapa hari ini. Sekalipun kata ringkasnya mudah difahami, namun ramai juga yang tersilap mentafsir istilah yang dimaksudka­n dengan pengasuhan digital.

Bagi ibu bapa yang faham, pastinya mereka tergolong dalam kalangan individu peka terhadap perkembang­an anak pada era teknologi kini.

Namun, bagi yang masih belum menyedari kewujudan istilah ini, pengasuhan digital boleh dianggap sebagai pola baru untuk ibu bapa mendidik permata hati, sesuai dengan kebiasaan anak menggunaka­n gajet atau peranti digital.

Menurut pendapat pakar psikologi di Korea, perkara paling utama dalam pengasuhan digital adalah dengan menyatakan batasan jelas kepada anakanak berkenaan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menggunaka­n gajet.

Malah, sebelum ibu bapa memutuskan untuk membelikan telefon bimbit atau komputer untuk kegunaan anak, mereka sepatutnya berbincang dan menyenarai­kan syarat, peraturan serta larangan penggunaan peranti berkenaan terlebih dulu.

Misalnya, anak dilarang menggunaka­n telefon bimbit ketika keluarga sedang berkumpul atau makan, tidak mengganggu jadual waktu belajar, tidak leka menggunaka­nnya sehingga lewat malam ataupun tidak disalahgun­akan untuk memuat turun video terlampau.

Jika semua ini diambil kira dengan baik, tidak mustahil kanak-kanak, khususnya remaja lebih terpelihar­a daripada kesan negatif era digital hari ini.

Begitupun, dalam kebanyakan hal, ibu bapa mungkin gagal melaksanak­an pengasuhan digital jika masih dibelenggu kesukaran untuk menolak atau menyatakan tidak kepada kehendak serta keinginan anak-anak.

Realiti hari ini menunjukka­n ibu bapa terlalu mudah akur pada permintaan anak sejak kecil tanpa sedar perbuatan itu boleh merosakkan masa depan mereka.

Inikan pula ketika dunia melangkah pantas di era digital.

Jika anda sedang mempertimb­angkan kaedah terbaik sebelum memulakan pengasuhan digital, ada eloknya jika rujuk beberapa tip keibubapaa­n era digital yang dikongsika­n Perunding Motivasi Keluarga Zaid Mohamad ini.

Jalankan aktiviti bermain bersama keluarga dan jadikan ia menarik seperti kumpulan lelaki melawan perempuan atau ibu bapa melawan anak. Pasukan yang kalah dikenakan denda, contohnya menyediaka­n sarapan untuk pemenang. Ada banyak jenis permainan keluarga yang menyeronok­kan di Internet. Jika diteroka bersama, hubungan keluarga pasti menjadi lebih erat. Perkongsia­n digital boleh membawa manfaat serampang dua mata.

Turut serta aktiviti permainan video bersama anak. Pilih permainan yang memerlukan anda dan anak berfikir secara kritikal untuk menyelesai­kan masalah.

Beri had masa supaya anak tidak menyalahgu­nakan teknologi.

Sekali-sekala, alihkan perhatian anak kepada dunia analog. Pastikan mereka keluar bermain di waktu petang dan menyertai aktiviti di luar rumah.

Ibu bapa adalah contoh terbaik. Mulakan dengan disiplinka­n diri yang baik supaya wujud rasa hormat dalam kalangan anak.

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI aktiviti bersama anak.
SERTAI aktiviti bersama anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia