Harian Metro

Ramsey buat kem Giggs ceria

-

Wales: Skuad Wales bakal menentang Slovakia dalam aksi pertama kelayakan Euro 2020 pada Ahad ini tanpa kelibat Ethan Ampadu, Sam Vokes dan Tom Lawrence tetapi pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey dijangka cergas, menurut pengurus

Ryan Giggs.

Ramsey tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan kelmarin dan tidak dapat beraksi menentang Trinidad and Tobago dalam perlawanan persahabat­an di Wrexham sementara Ampadu (sakit belakang), Vokes (pangkal paha) dan Lawrence (buku lali) tidak menyertai skuad.

“Ramsey mempunyai masalah di bahagian betis tetapi tidak merisaukan. Kami hanya memantauny­a. Dia mungkin OK untuk perlawanan Ahad ini tetapi tidak akan beraksi hari ini (semalam),” kata Giggs kepada wartawan.

“Mereka (Ampadu, Lawrence dan Vokes) mempunyai kecederaan berbeza. Ampadu terasa sakit di bahagian belakang.

“Lawrence yang cedera buku lali sebelum ini terpaksa menghadapi masalah sama di sebelah satu lagi buku lali, Vokes pula bergelut dengan kecederaan pangkal paha.”

Wales gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia lalu dan Giggs tekad menepis kritikan dengan mahu menjadikan kempen kelayakan medan membuktika­n keupayaann­ya sebagai pengurus sejak mengambil alih tugas dari Chris Coleman pada awal 2018.

Giggs hanya meraih tiga kemenangan, satu seri dan lima kekalahan sepanjang sembilan perlawanan di bawah kendaliann­ya.

Tetapi gabungan muka baharu dan veteran memberi petanda positif apabila menewaskan Republik Ireland 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara pada September lalu dan mereka menduduki tempat kedua dalam kumpulan di belakang Denmark. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia