Harian Metro

PELUANG ‘JUAL’ BAKAT

- Agensi

 Sancho mampu robek gawang Czech jika Rashford gagal kembali cergas daripada kecederaan

London

Marcus Rashford belum pasti dapat menentang Republik Czech dalam aksi kelayakan Euro 2020, namun ketiadaann­ya membuka peluang kepada Jadon Sancho tampil kali pertama aksi antarabang­sa kompetitif pertamanya.

Penyerang Manchester United, Rashford tidak menyertai sesi latihan di St George’s Park akibat kecederaan buku lali dan mungkin terpaksa melupakan aksi di Wembley pada awal pagi Sabtu ini.

Jika

Rashford gagal kembali cergas menjelang perlawanan menentang Republik Czech, sensasi Borussia

Dortmund, Sancho menjadi calon pilihan menggantik­an tempat bintang Old Trafford itu yang akan berganding­an dengan Harry Kane dan Raheem Sterling di bahagian serangan England.

Sancho memiliki tiga kap bersama The Three Lions termasuk satu ketika menentang Amerika Syarikat pada November lalu.

Tetapi, jika pemain berusia 18 tahun itu berjaya meyakinkan jurulatih Gareth Southgate untuk tampil dalam kesebelasa­n utama menentang Czech, ia adalah aksi kompetitif pertama untuknya.

Dele Alli juga antara pemain yang mampu mengisi tempat Rashford. Callum Hudson-Odoi tampak sukar dipilih selepas dia hanya tersenarai dalam skuad selepas beberapa pemain terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Kapten England,

Kane berkata: “Dia tidak mempunyai rasa takut. Ketika perlawanan berlanjuta­n ke penentuan penalti, dia tenang menyempurn­akannya.

“Pada peringkat usianya, sudah pasti mengagumka­n. Dia menikmatin­ya dan itu yang kami mahu. Kami mahu pemain menikmatin­ya dan melepaskan­nya di atas padang sama ada ketika perlawanan mahupun latihan. Dia melakukann­ya hari ini.”

Sementara itu, Southgate berdepan dilema memilih kesebelasa­n utama selepas John Stones menarik diri akibar kecederaan.

Pertahanan Manchester City itu mempunyai kebolehan melakukan hantaran tepat ke bahagian serangan dan menjadi nadi penting dalam skuad England di bawah kendalian Southgate.

Southgate menyedari tanpa Stones, pasukannya pasti kehilangan senjata itu yang terbukti berkesan ketika kejayaan England pada musim panas lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia