Harian Metro

PETRONAS Yamaha SRT ‘tolak’ Hafizh

-

Kuala Lumpur: Prinsipal pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali menegaskan tiada tempat untuk Hafizh Syahrin Abdullah beraksi untuk pasukan itu musim depan selepas pelumba MotoGP negara itu dilihat bergelut bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3 musim ini.

Jelas Razlan, beliau memberi isyarat awal itu kerana tidak mahu Hafizh berasa dirinya di kedudukan selamat dapat beraksi bersama pasukan Malaysia itu seandainya jodohnya bersama Red Bull KTM Tech 3 tidak panjang.

“Apa yang saya hendak beritahu sekarang ialah kedua-dua pelumba MotoGP kami (Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo) sudah mengikat kontrak selama dua tahun iaitu musim ini dan tahun depan.

“Jadi, tiada tempat untuk Hafizh tahun depan. Saya tak mahu dia fikir PETRONAS Yamaha SRT adalah tempat yang selamat untuknya,” katanya pada sidang media

(gambar)

pasukan itu, semalam.

Razlan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) berkata, Hafizh perlu segera bangkit bermula perlumbaan seterusnya di Grand Prix Argentina hujung bulan ini.

“Jika dia masih tidak sedar apa yang berlaku kepadanya selepas pusingan pertama, dia akan berdepan masalah.

Dia kena berhenti daripada memberi alasan membezakan jenteranya sekarang dengan Yamaha yang biasa ditunggang­nya sebelum ini.

“Pada akhirnya, ini (KTM) adalah jentera yang dia dapat sekarang dan mahu tidak mahu dia perlu segera menyesuaik­an diri. Maksudnya dia kena terus berlatih dengan lebih rajin lagi. Itu saja yang perlu difikirkan­nya,” katanya.

Hafizh dilihat bergelut pada pusingan pertama di Grand Prix Qatar apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20 dengan catatan masa yang agak perlahan, sekali gus tidak memuaskan pasukannya.

Sementara itu, Razlan menyokong tindakan Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PJS) yang melucutkan status Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sebagai badan sukan.

Jelas Razlan, PJS sudah pasti mempunyai alasan kukuh sebelum membuat sebarang keputusan.

Pesuruhjay­a Sukan, Datuk Zaiton Othman menerusi laporan Arena Metro sebelum ini mengesahka­n pihaknya sudah pun membatalka­n status AAM sejak akhir tahun lalu.

Alasan Zaiton ialah AAM gagal mengikut peraturan yang ditetapkan seperti tidak menghantar laporan tahunan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia