Harian Metro

Insentif diberi lebih memotivasi­kan pemain skuad ragbi wanita negara

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Saya yakin anak buah saya bukan bermain untuk wang, tapi sudah tentu insentif diberi akan lebih memotivasi­kan mereka,” kata Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya

(gambar).

Beliau mengulas langkah Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menaik taraf pasukan ragbi wanita kebangsaan dari tier 4 ke tier 3 bermula April depan.

Langkah itu sekali gus membolehka­n pasukan ragbi wanita negara berada di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) dan mendapat bantuan berbanding di tier 4, memerlukan segala persiapan dan perbelanja­an diuruskan kesatuan.

Shahrul Zaman berkata, beliau berbangga dan kagum semangat ditunjukka­n pemain ragbi wanita negara yang sanggup berlatih walaupun dalam keadaan ‘kantung’ kesatuan dan pasukan yang terhad.

“Kita (pengurusan) maklumkan kepada mereka (pemain), kita tidak mampu nak bagi (elaun) sebagaiman­a pasukan lelaki dapat kerana mereka berada di bawah program MSN. Saya tak malu katakan, kita hanya mampu beri pada masa itu, elaun latihan RM200 saja sebulan dan tanya pemain adakah mereka sanggup jalani latihan dan sebagainya?

“Saya bangga bila mereka menyatakan kepada pasukan pengurusan walaupun tanpa elaun itu mereka mahu bermain untuk negara dan demi minat terhadap sukan ragbi. Kalau itulah semangat sebelum dibantu, saya yakin pemain lebih bermotivas­i apabila kini dibantu hampir sepenuhnya oleh MSN dan KBS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media Bantuan Sokongan Kepada Pasukan Ragbi Wanita Kebangsaan di sini, semalam.

Pada majlis itu, Hannan Medispa yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Hannan Yusof menjalin kerjasama strategik dengan KRM bagi penajaan kewangan kepada pasukan ragbi wanita negara yang akan menyertai Kejohanan Rabgi Wanita 7 Sebelah Borneo di Sandakan, Sabah pada 23 dan 24 Mac ini.

Mengulas lanjut Shahrul Zaman berkata, skuad ragbi wanita negara yang kini berada di ranking ketiga Asia Tenggara dan kelapan Asia, menyasarka­n untuk layak ke final Sukan SEA di Filipina.

“Jika pada Sukan SEA 2017 skuad ragbi wanita menang pingat gangsa buat kali pertama, kita sasar dapat sesuatu lebih baik pada temasya di Manila pada Disember nanti.

“Pasukan ragbi wanita negara sedang melakar peningkata­n membanggak­an selepas menjuarai Kejohanan Asia Rugby Women’s Sevens Trophy 2018 sekali gus layak bertanding di kejohanan sama tahun ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia