Harian Metro

Skuad terjun terap konsep berbeza

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Skuad terjun negara menerapkan konsep berbeza selepas membahagik­an 20 penerjun mereka kepada dua pasukan dan dilatih oleh jurulatih berbeza mengikut kesesuaian.

Perkara ini dimaklumka­n oleh Setiusaha Agung Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen sebaik saja kehadiran jurulatih dari China, Li Rui minggu lalu dan tiada lagi peranan ketua jurulatih.

“Buat masa sekarang kita mempunyai 20 penerjun, dengan empat lagi dijangka datang dari skuad pelapis. Jadi sebelum kini sudah mengenal pasti siapa penerjun yang akan berada di bawah Li Rui dan Christian Brooker,”

(gambar)

katanya ketika ditemui di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Jelasnya, perkara itu sudah diputuskan hasil perbincang­an bersama Li Rui dan Brooker, kerana melihat ada penerjun yang sesuai dengan corak latihan China dan barat (Brooker).

“Seperti Pandelela Rinong dia ingin cuba angin baharu dengan berada di bawah Brooker begitu juga dengan Chew Yiwei. Jadi buat masa sekarang kita sedang mencuba siapa lebih bagus di bawah jurulatih yang ditetapkan.

“Semua ini diputuskan selepas persetujua­n bersama dan ia juga akan bergantung kepada kejohanan yang akan disertai mereka. Bagi ASUM, biarlah jurulatih melatih mereka secara berasingan,” kata Mae Chen.

Beliau juga mengakui bahawa dengan cara begini, skuad terjun negara tidak hanya bergantung kepada seorang jurulatih saja.

“Banyak kebaikan jika ia dibahagika­n kepada dua skuad, jika saya sendiri dan jurulatih tidak berpuas hati dengan prestasi penerjun, kita boleh tukar mereka secara bersilang. Kita juga mempunyai seorang lagi jurulatih, Li Teng.

“Ini cara terbaik untuk membantu penerjun kita, jadi saya akan pastikan mereka cepat belajar di dalam latihan. Ia memang berbeza berbanding sebelum ini apabila kami mempunyai ketua jurulatih,” katanya.

Sebelum ini, Yang Zhuliang bertindak selaku ketua jurulatih negara dengan semua kehadiran jurulatih baharu dan muda diletakkan di bawahnya selaku pembantu.

Zhuliang juga yang melakukan segala program latihan dan melihat kesesuaian untuk diterapkan kepada penerjun.

Jurulatih dari China itu tidak disambung kontrak pada penghujung 2017 dan ketika itu ia di bawah Program Podium.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia