Harian Metro

Hormati keputusan Chong Wei tarik diri

-

Putrajaya: Penarikan diri jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019, minggu depan adalah wajar memandangk­an pemain itu dalam proses pemulihan kesihatann­ya.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau menghormat­i pendirian Chong Wei yang memberikan keutamaan terhadap kesihatann­ya dan pihaknya juga faham proses pemulihan yang dilalui pemain itu memerlukan masa.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan memberikan sokongan penuh kepada dia. Chong Wei adalah wira negara dan kita mahu pastikan beliau pulih sepenuhnya.

“Kita tidak mahu sebarang tindakan yang diambil menjejaska­n kesihatann­ya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara KBS di sini semalam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin mengesahka­n Chong Wei menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang akan berlangsun­g pada 2 hingga 7 April ini selepas pemain itu dinasihatk­an doktor pakar merawatnya di Taiwan untuk tidak menyertai kejohanan terbabit.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak disahkan menghidap kanser hidung pada Julai tahun lalu.

Keputusan itu menyaksika­n Chong Wei yang menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali tidak akan mempertaha­nkan gelaran itu kali ini.

Sementara itu, tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 Johor Darul Takzim memilih tarikh 11 hingga 19 Julai sebagai tarikh melangsung­kan sukan itu, iaitu detik penting kontinjen negara menghadapi Sukan Olimpik 2020.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, pihaknya memilih tarikh seminggu sebelum berlangsun­gnya Sukan Olimpik Tokyo (24 Julai-9 Ogos) kerana mahu rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada temasya edisi ke-20 itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia