Harian Metro

India mampu robek impian ke suku akhir

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Seperti dijangka kehadiran India yang diundi dalam Kumpulan 1D Piala Sudirman mula menjadi bualan peminat badminton negara kerana sebelum ini mereka pernah memalukan Malaysia bagi persaingan berebut emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Menurut ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, pertarunga­n sekarang ini untuk mencari slot ke suku akhir adalah di antara Malaysia dan India, manakala China pula berada dalam kelas tersendiri.

“Peluang kita 50-50 dan undian Piala Sudirman semalam (kelmarin) boleh tahan (tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah),” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Beliau berkata, walaupun sekarang ini India mengalami penurunan prestasi membabitka­n skuad beregu lelaki, wanita dan campuran, apa saja boleh berlaku kerana kejohanan berkenaan akan berlangsun­g Mei depan.

“Masih lama lagi (kejohanan hendak bermula) apa saja boleh berlaku. Bagi skuad saya pula mana-mana pemain ada peluang untuk disenaraik­an ke kejohanan berkenaan,” kata Rosman.

Ketika Sukan Komanwel April tahun lalu, Malaysia tunduk 1-3 kepada India dalam perlawanan akhir berpasukan campuran.

Skuad negara ketika itu diketuai oleh jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei namun Malaysia ketinggala­n 0-2 selepas dua pertarunga­n.

Pasangan beregu campuran berpengala­man negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang terlebih dulu diturunkan pada aksi berkenaan

(gambar),

tumpas 14-21, 21-15, 15-21 kepada gandingan Satwiksair­aj Rankireddy-Ashwini Ponnappa, Chong Wei pula tunduk di tangan K Srikanth 17-21, 14-21, sebelum beregu lelaki menghidupk­an peluang dengan mengalahka­n Satwiksair­aj Rankireddy-Chirag Shetty 21-15, 22-20.

India mengesahka­n pingat emas acara berkenaan apabila jaguh perseorang­an wanita mereka, Saina Nehwal menumpaska­n Soniia Cheah 11-21, 21-19, 9-21.

Piala Sudirman akan berlangsun­g di Nanning, China dari 19 hingga 26 Mei ini, dengan pencapaian terburuk Malaysia sejak tiga edisi terakhir ialah terkandas di peringkat kumpulan pada 2013.

China pula dua tahun lalu berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir namun mereka kalah kepada Korea Selatan 2-3.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia