Harian Metro

‘Heret Amizal ke mahkamah’

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

 Amirizdwan mahu bekas Presiden PFA disaman atas kerosakan bola sepak Perlis Saya berharap PFA boleh memfailkan saman sivil ke atas pemimpin itu sebab pengurusan yang membawanya masuk ke dalam PFA”

Amirizdwan Taj Tajuddin

Pemain veteran Perlis, Amirizdwan Taj Tajuddin mendesak Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) supaya memfailkan saman sivil terhadap bekas presiden, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie kerana bertanggun­gjawab merosakkan bola sepak di negeri itu.

Menurutnya, kerosakan yang ditimbulka­n oleh Ahmad Amizal tidak seharusnya dibiarkan begitu saja tanpa sebarang tindakan.

“Dia tak boleh larikan diri macam itu saja selepas apa yang berlaku selama dia memegang PFA dalam tempoh hampir empat bulan.

“Be gentleman (bertanggun­gjawab), tampilkan diri perjelaska­n keadaan sebenar dan selesaikan apa yang sudah dimulakan.

“Jadilah manusia yang bertanggun­gjawab dan bukannya menghilang­kan diri selepas menganiaya banyak pihak,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Mengakui dirinya masih bergelut mencari pasukan baharu untuk bermain pada musim ini, Amirizdwan mengharapk­an sinar baru muncul buat dirinya bersama rakan senasib.

“Saya berharap PFA boleh memfailkan saman sivil ke atas pemimpin itu sebab pengurusan yang membawanya masuk ke dalam PFA.

“Terlalu banyak kerosakan malah dia boleh menghancur­kan karier pemain selepas apa yang berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Amizal dilaporkan tidak boleh dikenakan sebarang tindakan oleh polis kerana kemelut yang berlaku antara dirinya bersama PFA bukanlah satu tindakan jenayah.

Bagaimanap­un, pemain yang menandatan­gani kontrak boleh terus memfailkan saman sivil ke atasnya di mahkamah sekiranya mereka mahu kerana tindakan Ahmad Amizal itu hanya membabitka­n pelanggara­n kontrak antara majikan dan pekerja.

 ??  ?? AMIRIZDWAN mahu Amizal ambil sikap lebih bertanggun­gjawab. AMIZAL pimpin PFA selama empat bulan.
AMIRIZDWAN mahu Amizal ambil sikap lebih bertanggun­gjawab. AMIZAL pimpin PFA selama empat bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia