Harian Metro

Jaguh dunia calon menang anugerah SAM

-

Petaling Jaya: Jaguh dunia mendominas­i senarai pencalonan untuk merebut Anugerah Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2018.

Calon untuk kategori berkenaan ialah jaguh berbasikal trek Mohd Azizulhasn­i Awang; gandingan ratu terjun Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong; Muhd Rafiq Ismail (tenpin boling); Amy Kwan Dict Weng (gimrama) dan Mohamad Hazim Amzad (silat).

Sementara bagi calon Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik SAM pula, terdiri daripada Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi daripada sukan olahraga serta atlet powerlifti­ng, Bonnie Bunyau Gustin.

Majlis dijadual pada 10 April depan itu turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar untuk berangkat hadir ke majlis berkenaan.

Turut dijangka hadir pada majlis bersempena sambutan ulang tahun ke-50 SAM yang ditubuhkan pada 21 Februari 1969 itu ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-50 ini, SAM akan memberi Anugerah Khas Sepanjang Hayat kepada Penaung Diraja SAM, Sultan Haji Ahmad Shah di atas sumbangan baginda kepada arena sukan negara, khususnya bola sepak,” kata Presiden SAM Jasni Shafie pada sidang media Anugerah SAM-100Plus 2018 di sini, semalam.

Menurut Jasni, selain memberi pengiktira­fan kepada atlet yang meraih kejayaan cemerlang sepanjang 2018, majlis anugerah berkenaan juga memberi penghargaa­n khusus kepada penggiat media sukan di negara ini.

Untuk Anugerah Kewartawan­an Sukan, penggiat media sukan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah lebih RM50,000. - BERNAMA

 ??  ?? AZIZUL antara nama besar dalam senarai rebut anugerah.
AZIZUL antara nama besar dalam senarai rebut anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia