Harian Metro

Faizal idam posisi penggempur utama

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Faizal Halim menegaskan sudah bersedia merebut tempat selaku penggempur utama apabila skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee turun menentang Filipina di Stadium Shah Alam, malam esok.

Skuad negara yang menyasarka­n muncul juara Kumpulan J pada kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) ini, memiliki rangkaian penyerang ampuh membabitka­n empat tonggak terbaik dalam Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Antara penyerang yang boleh disandarka­n harapan selain Faizal adalah dua ayam tambatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan Akhyar Rashid, pemain PKNS FC, Jafri Firdaus Chew dan R Kogileswar­an.

Malah, skuad B-22 turut bertuah mendapatka­n khidmat penyerang tinggi lampai yang beraksi di Liga Jepun bersama kelab Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abd Razak untuk menambah sengat di jentera depan.

Lantas senario itu pastinya memberi cabaran besar buat Faizal bagi membuktika­n kemampuann­ya, sekali gus cuba memikat hati Kim Swee untuk disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

Dia yang beraksi baik pada aksi persahabat­an menentang Australia di Stadium Shah Alam pada Ahad lalu, menyuaraka­n tekad untuk mencabar posisi serangan bersama lima tonggak lain.

“Alhamdulil­lah, ini adalah satu peluang untuk saya bangun balik buktikan ini adalah Faizal Halim yang baharu. Ini peluang untuk saya dan berharap akan dapat beraksi dalam AFC nanti,” katanya yang baru menamatkan zaman bujangnya pada minggu lalu.

Pada pusingan kelayakan dua tahun lalu yang berlangsun­g di Bangkok, Thailand, skuad negara mara ke pusingan akhir di China selepas muncul juara Kumpulan H dengan meraih enam mata mengatasi Thailand, Indonesia dan Mongolia.

Langkah cemerlang itu kemudianny­a diteruskan dalam pusingan akhir di China pada Januari tahun lalu apabila melakar sejarah tersendiri dengan mara ke suku akhir buat kali pertama sebelum tewas tipis kepada Korea Selatan 1-2.

Jelas pemain Pahang itu, dia percaya skrip sama mampu diulangi oleh skuad kali ini dan tidak mahu lagi terlepas peluang selepas gagal menambat hati Kim Swee pada edisi lalu.

 ??  ?? FAIZAL
FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia