Harian Metro

BARANG ANTIKKU HANGUS!

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

“Saya hanya mampu menitiskan air mata melihat dua rumah keluarga musnah dijilat api,” kata Medi Sata, 76, selepas rumahnya dan rumah milik anak terbabit dalam kebakaran di Kampung Benuk di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, rumah pusaka milik Medi termasuk barangan antik berusia 100 tahun musnah dijilat api yang marak dengan cepat.

Medi berkata, ketika kejadian, dia tinggal bersendiri­an kerana ahli keluargany­a bekerja dan bersekolah.

“Saya sedang makan di dapur dan terkejut apabila orang kampung datang memaklumka­n kejadian itu.

“Api merebak begitu pantas dan turut memusnahka­n gong, tempayan, tombak serta parang lama yang menjadi kesayangan saya,” katanya ketika ditemui.

Katanya, akibat terlalu cemas, dia cuba memadamkan api yang tengah marak di bahagian atas rumah dua tingkat itu.

“Namun, saya cedera dan melecur di kepala. Nasib saya baik apabila anak, Sidap, 48, sempat menarik saya keluar ketika api sedang merebak ke seluruh bahagian rumah,” katanya.

Sementara itu, Tovis Medi, 51, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi orang kampung.

“Saya dan isteri berada di kebun. Apabila rakan di kampung telefon, saya bergegas balik namun hanya mampu melihat api merebak dari rumah ayah ke rumah saya. Saya sempat selamatkan televisyen dan peti sejuk.

“Rumah itu baru didiami kami sekeluarga sejak setahun lalu. Kejadian berlaku tidak sampai sejam.

“Apa-apa pun, saya bersyukur kerana anak bongsu yang berusia 13 tahun selamat ketika berseorang­an di rumah,” katanya.

Kejadian yang tidak diduga itu mengakibat­kan 12 sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang dan hanya bergantung belas kasihan daripada saudara-mara serta penduduk kampung yang segera membuat kutipan derma bagi membantu meringanka­n beban mereka.

 ??  ?? TOVIS di hadapan rumahnya yang terbakar.
TOVIS di hadapan rumahnya yang terbakar.
 ??  ??
 ??  ?? MEDI dan anaknya, Moni sedih mengenang nasib diri tinggal sehelai sepinggang.
MEDI dan anaknya, Moni sedih mengenang nasib diri tinggal sehelai sepinggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia