Harian Metro

Operasi roboh lebih 100 rumah haram

-

Tawau: Lebih 100 rumah di Kampung Titingan di sini yang didirikan secara haram bakal dirobohkan dalam masa terdekat.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Alijus Sipil berkata, operasi yang diselarask­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dijalankan hampir sebulan bukan hanya membabitka­n kawasan setinggan di daerah Tawau, malah di seluruh Sabah.

Katanya, melalui operasi itu pihaknya mengeluark­an notis secara berperingk­at kepada pemilik rumah untuk mengosongk­an kediaman masing-masing.

“Mengikut peruntukan dan peraturan sedia ada, MPT mempunyai kuasa mengeluark­an notis tujuh hari sebelum struktur bangunan atau rumah yang didirikan secara haram atau tanpa kelulusan itu dirobohkan.

“Bagaimanap­un, dalam keadaan tertentu seperti atas permintaan polis, tempoh untuk kerja meroboh itu boleh dipercepat­kan (kurang tujuh hari) kerana kita tidak mahu operasi ini menjadi tidak berkesan selain mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) di pekarangan MPT, semalam.

Kelmarin, sebilangan penduduk setinggan di Kampung Titingan atau turut dikenali dengan panggilan Kampung Ice Box diberi notis untuk mengosongk­an rumah masing-masing yang dijalankan polis dan penguat kuasa MPT.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus menerusi kenyataan semalam berkata, operasi pemutihan itu tertumpu di kawasan penempatan setinggan yang dibina secara haram di kawasan perkampung­an berkenaan, selain binaan tambahan yang tidak mendapat kebenaran MPT didirikan warga asing.

Sementara itu, Alijus berkata, pihaknya menjangka lebih 50,000 pengunjung dalam dan luar daerah hadir menyaksika­n acara tahunan FKAT bermula semalam hingga 24 Mac ini, membabitka­n penyertaan 29 etnik yang terdapat di daerah ini selain wakil dari Indonesia dan Thailand.

FKAT kali ini dijangka dirasmikan Yang diPertua Negeri, Tun Juhar Mahirudin dan dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada acara kemuncak pada malam 23 Mac.

 ??  ?? ANGGOTA Polis memeriksa rumah yang
dikenal pasti didirikan secara haram.
ANGGOTA Polis memeriksa rumah yang dikenal pasti didirikan secara haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia