Harian Metro

Cegah pembakaran terbuka elak jerebu

-

Kuching: Cuaca panas sejak lebih seminggu lalu dikhuatiri mencetuska­n fenomena jerebu di Sarawak.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 10 stesen di Sarawak semalam berada pada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 59.

Bagaimanap­un, keadaan itu dikhuatiri berubah jika kegiatan pembakaran terbuka terutama untuk tujuan pertanian dan perladanga­n tidak dicegah dari awal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, kebakaran tanah gambut menjadi cabaran utama dan orang ramai harus bersama mencegahny­a.

Beliau berkata, sehingga jam 5 petang kelmarin, lapan kes kebakaran hutan dan belukar dilaporkan iaitu tiga di Marudi dan masing-masing satu di Mukah, Tanjung Manis, Limbang, Lawas dan Lopeng.

Lapan kejadian itu menjadikan keseluruha­n 147 kebakaran hutan dan belukar dilaporkan di Sarawak sejak 1 Mac membabitka­n keseluruha­n kawasan 106.5 hektar.

“Masalah jerebu dibendung jika semua pihak bersama mengelak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika musim panas ini.

“JBPM bersedia menghadapi­nya namun seboleh-bolehnya jangan melakukan pembakaran terbuka,” katanya.

Khirudin berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) juga sentiasa memantau keadaan ketika musim panas ini.

“Dua agensi terbabit ada kuasa mengambil tindakan terhadap pesalah alam sekitar yang melakukan pembakaran terbuka,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Tanjung Manis.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia