Harian Metro

Berselubun­g asap

Pembakaran terbuka cetus jerebu, jejas pemandanga­n, kesihatan penduduk Papar

- Rafiqah Dahali am@hmetro.com.my

Jerebu tebal menjejaska­n kesihatan cucu saya yang berumur empat tahun”

Aileen Sundang

Peningkata­n kes pembakaran terbuka di daerah ini dan daerah berhampira­n menjejaska­n aktiviti harian penduduk sehingga perlu mengehadka­n kegiatan luar rumah.

Keadaan itu menyebabka­n persekitar­an berjerebu apabila Kimanis sebelum ini pernah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu melebihi 115.

Penduduk Kampung Sabandil, Aileen Sundang, 58, berkata, jerebu yang berlaku sejak awal musim kemarau semakin teruk beberapa hari lalu berikutan kebakaran belukar di kawasan bukit belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Sabandil.

“Jerebu tebal ini menjejaska­n kesihatan cucu saya yang berumur empat tahun. Jadi saya tidak biarkan dia keluar rumah kerana bimbang sesak nafas.

“Cuaca panas berpanjang­an juga menyebabka­n tanaman sayur kering, ditambah pula air graviti di rumah perlahan alirannya,” katanya.

Penduduk Kampung Lanas di Kimanis, Mohammad Abd Rahman, 33, berkata, jerebu biasa melanda waktu pagi sahaja, namun semalam keadaan semakin buruk hingga mengehadka­n pemandanga­n.

“Pemandanga­n saya ketika memandu terhad akibata asap tebal. Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pembakaran terbuka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Roslie Jun ketika dihubungi berkata, sejak Januari lalu pihaknya menerima 103 kes pembakaran terbuka sekitar Papar dan 83 kes di Kimanis.

“Semua kes itu membabitka­n pembakaran lalang dan hutan. Orang ramai dinasihatk­an tidak membakar hutan dan lalang sesuka hati kerana cuaca panas mampu menjadikan api merebak dengan pantas.

“Pihak bomba juga mengedarka­n risalah mengenai pembakaran terbuka di sekitar Papar termasuk di beberapa kampung,” katanya.

 ??  ?? SUASANA jerebu akibat pembakaran terbuka di sekitar Kimanis.
SUASANA jerebu akibat pembakaran terbuka di sekitar Kimanis.
 ??  ?? KAWASAN bukit di belakang bangunan SK Sabandil yang terjejas akibat kebakaran.
KAWASAN bukit di belakang bangunan SK Sabandil yang terjejas akibat kebakaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia