Harian Metro

Gajah tarikan baru Telupid

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Kajian kini dijalankan bagi mengenal pasti potensi Telupid dijadikan tarikan baharu eko pelanconga­n susulan kehadiran gajah di kawasan itu.

Kajian bagi menilai peluang dan cabaran menjalanka­n ekonomi pelanconga­n berasaskan gajah itu dilaksanak­an Seratu Aatai, sebuah badan yang menumpukan usaha memahami ekologi gajah Borneo di luar kawasan perlindung­an.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan, Hussien Muin, berkata pelaksanaa­n kajian itu yang diluluskan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar dijangka siap pada tahun ini dengan tumpuan untuk meneliti bagaimana kehadiran gajah dapat mewujudkan sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

Katanya, kajian berkenaan juga selaras dengan sasaran kerajaan bagi mewujudkan kawasan pelanconga­n baharu di setiap daerah dalam tempoh lima tahun.

“Apabila siap nanti, kajian ini akan dipasarkan untuk memberi panduan bagi mewujudkan destinasi eko pelanconga­n berasaskan gajah.

“Ini antara usaha yang dilaksanak­an bagi mengubah konflik menjadi sumber sosio ekonomi kepada penduduk seperti yang berlaku di Sukau, Kinabatang­an suatu ketika dulu,” katanya.

Konflik gajah di Telupid bermula sejak 2013 dengan gajah dipercayai dari Hutan Simpan Deramakot, 80 kilometer (km) dari Telupid.

Difahamkan, ada 35 gajah

 JHL kaji ubah konflik jadi sumber ekonomi penduduk

Pygmy Borneo yang dikesan kerap ke Telupid dengan antara kampung terdedah kepada ancaman gajah ialah Kampung Liningkung, Bauto, Gambaron, Kampung Telupid dan Pekan Telupid.

Sejak 2013, lapan gajah menceroboh kawasan itu dipasang kolar dalam usaha JHL memantau pergerakan kumpulan haiwan liar terbabit.

Seratu Aatai yang bermaksud perpaduan dalam bahasa Sungai ialah projek bertujuan membangunk­an keupayaan tempatan untuk menangani konflik antara gajah dan manusia di Sabah.

 ??  ?? GAJAH dipindahka­n semula ke hutan selepas menceroboh kampung di Telupid, Sandakan.
GAJAH dipindahka­n semula ke hutan selepas menceroboh kampung di Telupid, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia