Harian Metro

Pemandu pacuan empat roda dicari

-

Tawau: Polis sedang mengesan pemandu pacuan empat roda dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang sawit di Kilometer 48 Jalan Tawau-Kalabakan dekat sini, sejurus kemalangan yang mengorbank­an seorang wanita warga emas, kelmarin.

Turut dipercayai melarikan diri ialah penumpang pacuan empat roda Toyota Hilux berwarna putih itu.

Dalam kemalangan pada jam 7.15 pagi itu, Sairah Hassan, 71, maut selepas Proton Iswara dinaiki bersama dua ahli keluargany­a bertembung pacuan empat roda terbabit di laluan berkenaan.

Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke Klinik Kesihatan Felda Umas untuk dirawat namun disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, dua ahli keluarga mangsa termasuk pemandu masing-masing berumur 36 dan 59 tahun cedera ringan manakala pemandu pacuan empat roda bersama penumpang dipercayai melarikan diri.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Fadil berkata, nahas itu dipercayai berlaku apabila Proton Iswara dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah FELDA Umas ke bandar Tawau gagal memotong sebuah lori sebelum bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentang­an.

Katanya, akibat pertembung­an itu, kereta dinaiki mangsa berpusing sebelum terbabas sejauh 18.8 meter ke lorong kanan menghala ke FELDA Umas, sementara pacuan empat roda terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

 ??  ?? KERETA dinaiki Sairah remuk akibat nahas dengan pacuan empat roda (gambar bawah) di Jalan TawauKalab­akan.
KERETA dinaiki Sairah remuk akibat nahas dengan pacuan empat roda (gambar bawah) di Jalan TawauKalab­akan.
 ?? Fadil ?? Orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau”
Fadil Orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia