Harian Metro

Zainal mengaku tidak bersalah

 Pengendali Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari berdepan dua tuduhan

- Muhammad Mustakim Ramli am@hmetro.com.my

Pengendali Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari dihadapkan ke Mahkamah Majisteret semalam atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar.

Tertuduh, Zainal Abidin Abu Samah, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 12 September tahun lalu didapati mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar yang dikenali Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru di sini, jam 4.23 petang.

Bagi pertuduhan kedua, Zainal Abidin didakwa melakukan kesalahan sama di Bandar Laguna Merbok, jam 3.18 petang, 13 September 2018.

Atas kedua-dua pertuduhan itu, Zainal Abidin didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Firzami Idris dan Nursuriyan­i Mohd Noor.

Manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Takiyuddin Hassan.

Mahkamah menetapkan 25 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kerajaan negeri mengarahka­n sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup kerana beroperasi tanpa kebenaran.

Selain itu, ia dipercayai memperguna­kan kanak-kanak untuk mengutip derma menggunaka­n nama agama bagi menarik simpati orang ramai.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, notis penutupan dikeluarka­n pada 11 Mac lalu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK).

 ??  ?? TAK IY U DDI N (kanan) bersama Zainal di Mahkamah Majisteret Sungai Petani, semalam.
TAK IY U DDI N (kanan) bersama Zainal di Mahkamah Majisteret Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia