Harian Metro

‘Kami perhatikan anda!’

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

 KPDNHEP pantau individu rakam filem dalam pawagam

“Kami ingatkan kepada pencuri hasil karya orang,

(kami perhatikan anda),” kata Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman.

Ain Arjuna berkata, pihaknya melaksanak­an Operasi Hak Cipta KPDNHEP negeri sejak 6 Mac lalu bagi memantau kegiatan individu merakam filem dalam panggung wayang untuk disiarkan di laman sosial.

Katanya, sepasukan anggota ditempatka­n di semua panggung wayang bagi memantau kegiatan itu setiap hari.

“Kita membuat pemantauan kerana menerima keluhan penggiat seni yang memaklumka­n karya dicetak rompak.

“Kegiatan itu menyebabka­n mereka kerugian berbilion ringgit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ain Arjuna berkata, pihaknya sudah menjalanka­n enam pemeriksaa­n di empat panggung wayang di daerah ini namun belum ada tangkapan dibuat.

Katanya, karya seni dicetak rompak sejak 40 tahun lalu dalam pelbagai bentuk fizikal dan elektronik bermula cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan cakera Blue

Ray. “Apabila teknologi Internet berkembang, cetak rompak beralih dalam bentuk digital melalui laman sesawang, YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter yang boleh dimuat turun dan ditonton,” katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu, Akta Hak Cipta 1987 dipinda pada 2012 dengan memasukkan Bahagian VIA bertajuk Antirakama­n Kamera yang mengandung­i Seksyen 43A.

“Bagi kesalahan ini, pelaku boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

“Antara langkah diambil KPDNHEP negeri adalah menguat kuasa peruntukan dan menjalin kerjasama dengan pemilik panggung wayang,” katanya.

 ??  ?? AIN Arjuna membuat panggilan aduan kepada GSC Helpline ketika lawatan ke panggung wayang GSC Palm Mall, Kemayan Square.
AIN Arjuna membuat panggilan aduan kepada GSC Helpline ketika lawatan ke panggung wayang GSC Palm Mall, Kemayan Square.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia