Harian Metro

Pakai coli sukan konon!

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 Penduduk dakwa peserta hanya pakai baju, seluar dalam ketika lakukan aktiviti

Penganjur kem bina semangat di sebuah resort di Bukit Tinggi di sini, yang pesertanya berkelakua­n tidak senonoh Selasa lalu menafikan mereka berbikini sebaliknya hanya memakai coli sukan

Itu yang dimaklumka­n kepada penduduk yang ‘menyerbu’ padang di mana seramai 80 wanita melakukan aktiviti riadah, jam 7 malam hari yang sama.

Wakil penduduk, Chung Yoke Ling, 61, berkata, dia dimaklumka­n mengenai perlakuan tidak senonoh peserta berkenaan oleh penduduk sebelum pergi ke padang itu untuk melihat insiden itu dengan mata sendiri.

Katanya, dia ada bertanya penganjur mengapa mereka berpakaian sebegitu namun mereka hanya berkata yang mereka tidak berbogel dan melakukan kesalahan.

“Mereka juga memberitah­u peserta memakai ‘sports bra’ namun jelas di mata saya yang mereka memakai baju dan seluar dalam yang ada di antaranya mempunyai hiasan ‘lace’ (renda) serta reben.

“Saya tahu membezakan antara coli sukan dengan baju dalam, malah mereka turut menafikan memakai seluar dalam mendakwa ia

(seluar mandi),” katanya, semalam.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, sebahagian daripada 80 peserta dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru didapati hanya memakai baju dan seluar dalam ketika melakukan aktiviti anjuran sebuah pusat spa kecantikan di padang resort berkenaan.

Tindakan itu menimbulka­n rasa tidak senang penduduk yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Bukit Tinggi pada hari sama.

Kejadian itu adalah kali kedua berlaku di resort itu selepas 23 lelaki didapati berbogel di padang ketika melakukan aktiviti sukan pada 2017.

Chung berkata, perlakuan tidak senonoh itu bukan saja mencalarka­n imej resort itu malah turut memberi impak negatif terhadap penghuni kediaman di kawasan itu.

“Kawasan kediaman kami mempunyai 18 blok dan resort

sebaliknya berkenaan beroperasi di satu daripada blok yang ada di sini, jadi sudah tentu kami juga menerima kesan akibat perlakuan mereka.

“Perlakuan mereka tidak boleh diterima kerana ia tidak mencermink­an adab serta budaya rakyat Malaysia, mungkin ia biasa di luar negara namun tidak boleh diterima di sini,” katanya.

Dia juga mempersoal­kan bagaimana resort berkenaan boleh beroperasi di kawasan itu sedangkan geran tanahnya tertulis ia untuk perumahan.

“Kami sudah beberapa kali mengadu kepada pihak berkuasa tempatan namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan lesen (perniagaan) resort itu tetap diperbahar­ui setiap tahun.

“Kewujudan resort itu membuatkan penghuni tidak lagi ada dan aspek keselamata­n menjadi kebimbanga­n berikutan orang luar boleh masuk dan keluar sesuka hati,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia