Harian Metro

Pertuduhan tak boleh jamin

-

Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 27 Mac untuk membuat keputusan bagi permohonan ikat jamin dua remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Jassan pada Jun tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, beliau perlu meneliti afidavit baharu difailkan bagi kes itu.

“Mahkamah memerlukan masa untuk meneliti afidavit bagi permohonan ikat jamin ini kerana ini merupakan kes penting,” kata beliau.

Kedua-dua remaja itu, masing-masing berumur 14 dan 17 tahun yang dituduh bersama balu Nazrin, Samirah Muzaffar, 44, bekas eksekutif kanan di Property Corporatio­n of Malaysia (MyIPO) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi pada 12 Mac.

Samirah, kedua-dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas dituduh membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Homes, dekat sini, antara 11.30 malam pada 13 Jun, 2018, dan 4 pagi pada 14 Jun, 2018.

Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili kedua-dua remaja itu berhujah bahawa permohonan ikat jamin harus dibenarkan kepada anak guamnya dengan mengambil kira umur mereka ketika kesalahan itu dikatakan dilakukan pada 13 jun lepas. Beliau berkata, mahkamah juga harus mengambil kira prestasi anak guamnya yang mencapai kecemerlan­gan dalam pengajian dan aktiviti kokurikulu­m. Mengulas lanjut, Hisyam juga berkata, tidak ada asas bagi pihak pendakwaan untuk mendakwa bahawa terdapat kebarangka­lian tinggi kedua-dua remaja terbabit mengganggu saksi.

“Ia cuma spekulasi semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin berkata, mahkamah tidak seharusnya membenarka­n ikat jaminan bagi kedua-dua remaja itu kerana pembunuhan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Beliau juga berkata dakwaan seorang daripada remaja lelaki itu mengalami serangan seksual dan fizikal adalah tidak berasas.

Jamil berkata, ini kerana kandungan laporan polis oleh bapa remaja itu dan afidavit bercanggah antara satu sama lain berhubung dakwaan mengenai insiden tersebut. - BERNAMA langganan takaful mampu menjamin perlindung­an individu dan ahli keluarga sekiranya berlaku sebarang kecemasan ketika ini,” katanya kepada Bisnes Metro di ibu pejabatnya.

Menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), ketidakcuk­upan perlindung­an setiap keluarga adalah sekitar RM553,000 sehingga RM723,000.

Ini bermakna apabila berlaku kematian terhadap pencari nafkah utama dalam sesebuah keluarga, ahli keluarga yang ada memerlukan jumlah wang yang dinyatakan bagi mengekalka­n gaya hidup dan meneruskan belanja harian untuk lima tahun.

Tambah Wan Saifulriza­l, majoriti tuntutan penyakit kritikal oleh pelanggann­ya ketika ini adalah penyakit berkaitan kanser yang membabitka­n pelbagai lapisan umur dari seawal usia tiga tahun.

Menurutnya, hanya lebih kurang 10 peratus isi rumah bandar di Malaysia mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung ‘kejutan beban kewangan’ akibat hilang pekerjaan, krisis ekonomi, kecacatan fizikal dan kematian.

“Bagi memastikan semua rakyat dapat memiliki pelan takaful yang universal dan mampu milik, PruBSN AnugerahPl­us adalah produk yang bertepatan.

“Ia merupakan pelan takaful mampu milik yang patuh syariah yang boleh diubah suai mengikut kemampuan pada harga serendah RM50 setiap bulan,” katanya.

Selain itu, pelanggan dapat memaksimum­kan manfaat perlindung­an mereka dengan mengambil mana-mana dari 15 pelan tambahan yang ditawarkan.

Manfaat lain bagi produk ini termasukla­h memberi peluang kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa untuk memenuhi keperluan spiritual melalui pelan rider Ihsan.

Hanya serendah RM5 sebulan, pelanggan dapat membantu meringanka­n beban kewangan keluarga miskin tegar yang mana keluarga terbabit akan diberi perlindung­an takaful keluarga untuk setahun bernilai RM10,000 secara percuma apabila ketua isi rumah meninggal dunia.

Wan Saifulriza­l berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif PruBSN Microtakaf­ul Jariyah, program pertama di Malaysia yang memfokuska­n kepada keluarga daripada kumpulan B40 untuk kembali bangkit dari beban kewangan dan emosi.

 ??  ?? HISYAM (kanan) keluar dari
Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
HISYAM (kanan) keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia