Harian Metro

Tiada masalah disiplin di sekolah ‘KAMI SAYANG HAZIQ’

-

Kuala Lumpur Remaja rakyat Malaysia, Mohd Haziq Mohd

Tarmizi, 17, yang terkorban dalam serangan pengganas di

Christchur­ch, New

Zealand minggu lalu disifatkan sebagai pelajar yang baik dan tidak mempunyai masalah disiplin ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Guru subjek Sejarah, Mohd Yazid Umar, 41, berkata, karakter pelajarnya itu juga senyap tetapi aktif dalam kerja berkumpula­n apabila diberikan sebarang tugasan.

Menurutnya, pihak sekolah khususnya rakan yang rapat amat terkejut apabila mendapat tahu Muhammad Haziq adalah antara mangsa tembakan yang maut dalam tragedi di New Zealand.

“Sebelum ini dimaklumka­n dia antara mangsa yang hilang dan sepatutnya esok (hari ini) kami melakukan solat hajat dalam slot Nilai Murni untuk memohon kepada Allah supaya dia dapat ditemui.

“Sejurus disahkan

Haziq sudah meninggal dunia, pihak sekolah segera melakukan majlis tahlil pagi tadi (semalam) dan berdoa semoga arwah ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Mohd Yazid berkata, Haziq belajar di SMK

Jalan Empat dari tingkatan satu dan mengambil peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga sebelum berpindah ketika di awal tingkatan empat.

Menurutnya, ramai yang memiliki nama

Haziq di sekolah itu dan dia mengingati wajah arwah berdasarka­n raut yang seiras kaum Cina.

“Kami berdoa semoga arwah ditempatka­n dalam kalangan orang beriman dan semoga pihak keluarga tabah menghadapi dugaan besar ini,” katanya.

Kuala Lumpur

“Kami sangat menyayangi Haziq, dia orang yang sangat beriman dan selalu ingat mati.

“Arwah selalu memberitah­u kami dia mahu meninggal dunia dalam husnul khatimah,” kata Eihsan Basha Kamal Basha, 17, rakan baik arwah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang meninggal dunia selepas terkena tembakan di Masjid Al Noor, Christchur­ch, New Zealand, Jumaat lalu.

Eihsan Basha berkata, dia mengenali Haziq sejak 2015 ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Berita kematian Haziq memang mengejutka­n dan buat rakan sekelas yang lain sangat sedih.

“Haziq memang orang yang beriman, tidak pernah tinggal solat dan saling mengingati kami jangan lalai dengan duniawi,” katanya.

Eihsan berkata, kali terakhir dia menemui Haziq pada 26 Disember tahun lalu ketika arwah pulang bercuti ke Malaysia.

“Arwah datang ke rumah dan kami ke gimnasium bersama-sama. Tiada sebarang perubahan ditunjukka­n Haziq.

“Sebenarnya arwah suka membantu orang dalam kelas terutama saya membabitka­n mata pelajaran Matematik. Pastinya pemergian Haziq dirindui,” katanya.

Menurutnya, Haziq banyak mengajar mereka mengenai nilai persahabat­an.

“Sebelum Haziq berpindah ke New Zealand, dia mahu kami saling berhubung.

“Saya masih ingat ayatnya, jika dia meninggal dunia, arwah mahu kami mengetahui­nya dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Eihsan berkata, dia diberitahu oleh rakan sekelas lain bahawa jenazah Haziq seperti sedang tidur.

“Muka arwah kelihatan bersih, bibir merah dan nampak seperti tidur.

“Alhamdulil­lah, tercapai impian Haziq untuk meninggal dunia dalam husnul khatimah,” katanya.

Katanya, sebelum Haziq berhijrah ke New Zealand, mereka sekelas membuat perjumpaan di kafe.

 Remaja maut dalam insiden tembakan mahu meninggal dunia dalam husnul khatimah

“Ketika itu, ramai antara kami tidak mengetahui jamuan perpisahan yang diadakan untuk meraikan Haziq berikutan dia tidak mahu orang bersedih dengan pemergiann­ya.

“Namun sebaik melihat IG (Instagram) Haziq dengan kapsyen ‘Goodbye korang’, baru kami tahu dia sudah ke New Zealand,” katanya.

Eihsan berkata, dia berharap keluarga arwah kuat berdepan kehilangan anak mereka dan mengetahui semua rakan Haziq di Malaysia sentiasa ada untuk mereka.

 ??  ?? MOHD Haziq berpakaian seperti juruterban­g ketika
kecil.
MOHD Haziq berpakaian seperti juruterban­g ketika kecil.
 ??  ?? MOHD Haziq (bawah kiri) bersama pasukan bola sepaknya.
MOHD Haziq (bawah kiri) bersama pasukan bola sepaknya.
 ??  ?? BEKAS sekolah Mohd Haziq, SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.
BEKAS sekolah Mohd Haziq, SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia