Harian Metro

Wajah seolah-olah sedang tidur

-

Alor Setar: “Adik saya, Mariani memberitah­u wajah Haziq berseri-seri, nampak tenang dan seolah-olah sedang tidur ketika dikafankan walaupun jenazahnya sudah masuk hari ketujuh hari ini (semalam) sejak tragedi tembakan itu berlaku,” kata Zarina Shuib, 53.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak saudaranya, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang meninggal dunia akibat terkena tembakan pengganas ketika menunaikan solat bersama bapa dan adiknya di Masjid Al Noor, Christchur­ch, New Zealand, Jumaat lalu.

Katanya, sebelum ini

>>Jenazah Mohd Haziq perlu diurus seperti biasa kerana ‘pergi’ bukan di dalam peperangan

mereka sekeluarga mengharapk­an Haziq selamat selepas dilaporkan hilang.

Menurutnya, sepanjang tempoh kehilangan Haziq, dia hanya menunggu berita daripada Mariani, 49, yang berada di New Zealand bersama abang mereka, Zakaria Shuib, 55.

“Malam tadi (kelmarin) kira-kira jam 12 tengah malam, saya ada terima WhatsApp dari nombor yang tidak dikenali memberitah­u Mohd Haziq sudah tiada tetapi saya abaikan saja kerana antara percaya atau tidak ketika itu.

“Pagi tadi juga, saya terima banyak ucapan takziah daripada rakan-rakan sekerja melalui WhatsApp dan tengok berita dalam laman sosial di Facebook,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Hutan Kampung.

Zarina berkata, dia kemudian mendapat pengesahan mengenai kematian anak saudaranya itu melalui kiriman WhatsApp daripada rakannya yang menghantar pengesahan dari Wisma

Putra menerusi Facebook pada jam 6.30 pagi semalam.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri dua tahun lalu dan ketika itu, mereka pulang berhari raya di sini sebelum kembali ke New Zealand,” katanya.

 ??  ?? AKAUN Instagram Mohd Haziq.
ORANG ramai mengangkat jenazah mangsa tembakan pengganas di Tanah Perkuburan Islam Bromley di Linwood,
Christchur­ch.
AKAUN Instagram Mohd Haziq. ORANG ramai mengangkat jenazah mangsa tembakan pengganas di Tanah Perkuburan Islam Bromley di Linwood, Christchur­ch.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia