Harian Metro

Haziq dikenali menerusi ujian DNA

-

Jenazah remaja rakyat Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang maut dalam serangan tembakan di Christchur­ch, Jumaat lalu, dikenal pasti melalui pengesanan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk

Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pada masa ini, hanya itu butiran diketahui pihaknya berkaitan identiti kematian mangsa.

Justeru, beliau akan bertemu pihak kedutaan Malaysia di New Zealand untuk mengetahui butiran lanjut mengenainy­a.

“Sebelum ini, kita hanya mengagak yang meninggal dunia itu dia (Mohd Haziq) yang dikatakan lari (selepas insiden) dan tidak ditemui.

“Sebenarnya dia sepanjang masa ada di situ dan sudah dicam dengan DNA. Jadi, memang pasti yang meninggal dunia adalah Mohd Haziq,” katanya. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menzahirka­n takziah kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan meninggal dunia dalam insiden tembakan di Christchur­ch, minggu lalu.

Turut menzahirka­n ucapan sama, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

“Beta dukacita dengan tragedi serangan berdarah ke atas dua masjid di Christchur­ch, New Zealand.

“Beta dan Tengku Permaisuri Norashikin ingin menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga Allahyarha­m Mohd Haziq. Semoga keluarga Allahyarha­m sabar dan reda dengan dugaan ini,” titahnya yang dikeluarka­n Istana Alam Shah melalui laman sosial Facebook rasmi

Royal Selangor Office.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia