Harian Metro

‘Wajah terlalu

-

 Ahli keluarga Haziq diberi penghormat­an tatap jenazah ketika dimasukkan ke liang lahad

Walaupun dalam keadaan berkerusi roda, kelibat Mohd Tarmizi Shuib, 42, turut kelihatan pada pengebumia­n anaknya, Muhammad Haziq, 17, di Tanah Perkuburan Islam Bromley di Linwood, Christchur­ch, New Zealand, semalam.

Difahamkan, Mohd Tarmizi baru sahaja dibenarkan keluar dari wad Hospital Christchur­ch selepas terkena dua das tembakan ketika serangan pengganas di Masjid Al Noor, Jumaat lalu.

Haziq selamat dikebumika­n selepas Zuhur dengan dihadiri lebih 1,000 orang serta dikawal ketat pasukan keselamata­n New Zealand.

Penuntut Universiti Canterbury, Aizat Muhammad Reza, 20, yang turut hadir di tanah perkuburan itu meluahkan rasa sedih kerana rakyat Malaysia terkorban dalam tragedi 15 Mac lalu.

“Saya nampak ramai yang menemui bapa arwah yang berkerusi roda dan dia kelihatan sangat sedih.

“Malah, semua ahli keluargany­a diberi penghormat­an melihat jenazah ketika dimasukkan ke liang lahad,” katanya ketika dihubungi menerusi laman WhatsApp, semalam.

Penuntut tahun dua jurusan perakaunan itu berkata, dia tidak sangka tragedi terbabit turut mengorbank­an nyawa rakyat Malaysia.

“Tragedi ini sangat menyedihka­n dan sebagai rakyat Malaysia, saya berkongsi kesedihan dengan keluarga arwah yang pasti begitu merasai kehilangan ini,” katanya.

 ??  ?? ANTARA hadirin yang melakukan solat jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bromley.
ANTARA hadirin yang melakukan solat jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bromley.
 ??  ?? PELAJAR sekolah antara warga Christchur­ch yang hadir pada majlis pengebumia­n mangsa serangan, semalam.
PELAJAR sekolah antara warga Christchur­ch yang hadir pada majlis pengebumia­n mangsa serangan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia