Harian Metro

70 titik panas dikesan sejak awal Mac PANAS HINGGA MEI

- Mohamad Hussin mohamad_hussin @hmetro.com.my

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesan 70 titik panas sejak awal Mac sehingga kelmarin yang menunjukka­n peningkata­n 100 peratus berbanding hanya 26 titik panas direkodkan pada Februari.

Pengarah JAS Pahang, Rosli Zul berkata, ia berpunca akibat cuaca panas dan aktiviti pembakaran terbuka tidak terkawal oleh segelintir pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Daerah Pekan paling banyak titik panas iaitu sebanyak 34, diikuti Rompin (21), Jerantut (5), Temerloh, Kuantan, Lipis dan Temerloh masing-masing dua titik panas serta Bera dan

Bentong satu titik panas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, sepanjang bulan ini berlaku peningkata­n yang mendadak bilangan titik panas yang berpunca daripada pembakaran terbuka di kawasan seperti ladang, belukar dan tanah gambut.

“Apabila keadaan cuaca panas dan kering dengan ketiadaan hujan yang berpanjang­an seperti pada waktu ini, sememangny­a akan menyumbang kepada berlakunya peningkata­n bilangan titik panas.

“Peningkata­n ini berpunca daripada kes pembakaran terbuka sama ada yang disengajak­an ataupun tidak disengajak­an serta seterusnya memberi kesan kepada kualiti udara yang boleh mengakibat­kan jerebu,” katanya.

Kuala Lumpur

Fenomena global yang mempengaru­hi keadaan cuaca semasa seperti El-Nino terbentuk dan berterusan hingga Mei depan, kata Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geo Fizik Nasional Jabatan Meteorolog­i Malaysia Dr Hisham Mohd Anip.

Menurutnya, sepanjang tempoh tinjauan Mac hingga Ogos ini, keadaan cuaca di negara ini dipengaruh­i tiga fasa monsun iaitu Monsun Timur Laut (Mac), peralihan monsun (April) dan Monsun Barat Daya (Mei-Ogos).

Beliau berkata, penghujung Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi tempoh yang panjang.

“Keadaan ini juga boleh menyebabka­n bacaan suhu di negeri-negeri di sebelah utara dan tengah Semenanjun­g meningkat kerana cenderung untuk mengalami keadaan cuaca yang lebih panas dan kering berbanding negeri lain.

“Pada bulan ini, kebanyakan tempat di Semenanjun­g dijangka menerima jumlah hujan pada paras purata kecuali

 Tiga fasa monsun pengaruhi keadaan cuaca

di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Hulu Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras purata dengan jumlah kurang daripada 150 milimeter (mm).

“Negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjun­g dijangka menerima jumlah hujan di antara 100 hingga 350 mm. Kebanyakan bahagian di negeri Sabah masih lagi dijangka menerima jumlah taburan hujan yang kurang berbanding purata bulanan iaitu dengan jumlah kurang daripada 150 mm,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Hisham berkata, musim peralihan monsun kebiasaann­ya berlaku pada bulan April dan lazimnya berakhir pada pertengaha­n Mei.

“Sepanjang tempoh ini, aktiviti perolakan cenderung untuk berlaku berikutan tiupan angin yang lemah dari pelbagai arah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia