Harian Metro

Bertindak sekarang!

-

memberikan rasa bahagia yang signifikan dan kita merasa tertinggal.

Malah, jika kita menghisab kembali apa yang kita lakukan persis sahaja membuang waktu dan orang tidak menghargai keberadaan kita dengan waktu kerja yang semakin panjang lantas tiada waktu untuk keluarga dan waktu luang yang terbatas untuk sekadar rekreasi menikmati jerih perit melayari waktu.

Maka apabila kita menoleh ke belakang seolah-olah kita telah mempersia-siakan waktu yang ada dan merasa menyesal kenapa kita tidak buat ini dan buat itu maka kita terdampar dalam daerah lamentasi dengan

yang tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Maka, hidup yang seolah-olah kehilangan arah itu lebih berbahaya dan kita akan terjebak dalam penyesalan dan kemurungan kerana kita tersalah langkah dan merasa dosa terhadap diri sendiri.

Anas bin Malik r.a. menyebutka­n bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api.” (Riwayat Tarmizi)

Peringatan Rasulullah itu seharusnya membawa kita kepada kesedaran hakikat akan dunia ini sudah tersangat tua dan sampai ke penghujung usianya maka kita kena mempersiap­kan diri untuk menghadapi kiamat yang pertama iaitu mati. Masa semakin singkat dan pantas berlalu, maka apakah kita lebih cenderung agaknya ke arah keseronoka­n dan hiburan berbanding aktiviti yang dapat membina akal budi seperti menimba ilmu serta memperting­katkan kemahiran bagi mendepani cabaran akan datang.

Jika kita menjadi orang yang suka bertangguh tahap kronik, kita sudah biasa dengan kesakitan dan stres yang berjalan seiring dengan meninggalk­an perkara pada minit terakhir, walaupun kita ingin menyelesai­kan tugas, kita mungkin mengalami masalah bermula sejak dari awal.

Ada beberapa strategi yang boleh membantu kita menghentik­an penangguha­n sekarang dengan melakukan tindakan serta perubahan gaya hidup yang boleh kita lakukan untuk mengelakka­n penangguha­n masa depan.

Daripada berfikir jumlah jam yang akan kita lalui, lantas mulakan saja apa yang patut dilakukan dan kita hanya perlu melakukann­ya selama 15 minit untuk menangani faktor intimidasi dan kita mungkin menghabisk­an masa lebih lama daripada 15 minit pada tugas kita sebelum kita berhenti bekerja.

Ia boleh menjadi sangat menghairan­kan untuk memikirkan menyelesai­kan keseluruha­n esei atau melalui tugas bernilai keseluruha­n minggu, daripada berfikir segala yang perlu kita lakukan seperti halangan yang besar, memecahkan semuanya dalam kepingan kecil.

Tentunya untuk menangisi waktu yang berlalu adalah perkara yang aneh lantas sebaiknya kita menjadi orang yang kuat untuk menghadapi hari ini yang akan menjadi sejarah untuk dijadikan ibroh esok yang menanti.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia