Harian Metro

Usah bertangguh

-

Masa adalah makhluk Allah yang tertua sebelum kejadian alam ini dan kejadian malaikat serta saat diciptakan Nabi Adam dan Hawa moyang kita yang menjadi peristiwa penting dalam penciptaan bani insan sebagai khalifah-Nya.

Apabila kita bicara mengenai waktu, jangan kita berkira untuk memudahkan urusan orang lain, lantas waktu kita terporok dalam kesusahan, akan ada orang yang Allah hantar datang untuk menghulurk­an pertolonga­n tanpa disangka-sangka.

Kita tidak dinilai dengan apa yang kita miliki, tetapi masa yang kita miliki itu yang amat berguna dan nilainya bukan bagai emas atau permata kerana masa tidak boleh dikonotasi­kan dengan wang ringgit dan apa saja yang berbentuk materi.

Cuba kita fikirkan kinayah ini, umur itu seperti kiub air batu, dipakai atau tidak dipakai ia tetap cair, begitu juga umur kita, digunakan atau tidak digunakan ia akan tetap berkurang.

Apa yang perlu kita lakukan ialah selalu tersenyum dan punya minda positif, justeru air yang mengalir tidak dapat berpatah ke belakang, itu hakikat kehidupan kita yang mustahil untuk kembali menjadi muda semula.

Maka, pada saat kita menjalani kehidupan di dunia nan sementara ini, jangan suka menang sendiri, usah menyakiti orang lain, jangan suka mengeluh dengan segala hambatan di depan kita, jangan suka mencela dan jangan suka memfitnah.

Kita hendaklah menghadapi hari yang berlalu dengan ceria, lalu kita banyak menggunaka­n waktu untuk menggauli teman dan saudara dalam situasi damai, lantas membuang sifat ego jauh daripada kamus hidup kita.

Dalam menjalani kehidupan, kita seringkali dihadapkan pelbagai masalah, baik besar ataupun kecil dan kekadang pelbagai masalah itu boleh menyurutka­n semangat kita dan dalam keadaan itu kita memerlukan kata semangat untuk menghidupk­an jiwa kita.

Untuk memulai hari baru kita tidak sewajarnya memulai dengan keraguan dan kita tidak berkata ‘mungkin saya boleh melakukann­ya’, tetapi katakan ‘saya boleh melakukann­ya’ kerana kalimat ‘mungkin’ itu seolah-olah semuanya kelihatan berat dan mustahil.

Ketika kata-kata motivasi hidup dan tekad bersatu dalam diri, kita boleh melakukan hal yang kita tidak pernah bayangkan, maka yakin suatu hari nanti, kata-kata motivasi hidup kita berubah menjadi kata-kata motivasi kejayaan yang memberi inspirasi diri.

“Persiapkan hari ini untuk keinginan hari esok” adalah kata yang diucapkan oleh Aesop untuk sebuah hari baru, boleh menjadi kejutan kepada diri kita untuk melakukan yang terbaik yang seakan-akan esok kita jadi kaya dengan persiapan hari ini melalui sebuah keinginan yang akan kita wujudkan hari ini.

Kita hendaklah membuang fikiran negatif dan berjuang dengan bahagia hari ini dengan kata- kata motivasi hidup terbaik untuk menemani supaya kita merasa bahagia kerana kepercayaa­n dan keyakinan potensi pada diri kita.

Hidup dengan prinsip yang bermakna, menjadi harapan semua orang dan pada titik tertentu dalam hidup kita, kita semua pasti pernah menanyakan, “Apakah sepanjang hidup hanya kita habiskan untuk rutin, bekerja berjam-jam dan tidak pernah memiliki cukup waktu untuk bersenang-senang menikmati dunia dengan gembira?”

Jika kita pernah merasa kesempatan untuk menjalani kehidupan yang memuaskan berlalu begitu saja, kita tidak sendirian justeru promosi jabatan di perusahaan pun tidak automatis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia