Harian Metro

Bakti wali songo di Tanah Jawa

-

al-Asyairah dan Mazhab Syafi’iyah.

Kedatangan­nya ke Nusantara diiringi dua puteranya iaitu Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishaq.

Maulana Malik Ibrahim juga dikenali sebagai Sunan Gresik manakala Maulana Ishaq pula ialah bapa kepada Sunan Giri.

Syeikh Jamadil Kubra menetap di Pulau Jawa manakala Sunan Gresik ke Champa dan saudaranya, Maulana Ishaq mengislamk­an Samudera-Pasai, Aceh.

Sunan Gresik bermukim di Champa selama 13 tahun dan berkahwin dengan puteri raja di sana.

Beliau dikurniaka­n dua putera dengan seorang daripadany­a bernama Sayyid Ali Rahmatulla­h atau Raden Rahmat atau lebih dikenali sebagai Sunan Ampel.

Selepas 13 tahun berdakwah di Champa, Sunan Gresik datang ke Kepulauan Jawa.

Selain berdakwah, kedatangan Sunan Gresik ke Pulau Jawa adalah untuk berniaga, bertani dan menjadi tabib.

Beliau pernah diundang ke istana untuk mengubati isteri Raja Brawijaya Majapahit yang juga seorang puteri dari Champa.

Dakwah Sunan Gresik yang lemah lembut mendapat tempat di hati masyarakat yang pada ketika itu kebanyakan­nya menganut ajaran Hindu.

Vaisya dan Sudra iaitu golongan kasta bawahan Hindu amat tertarik dengan dakwahnya.

Kerajaan ketika itu juga sedang bergelut dengan kejatuhan ekonomi dan perang saudara.

Golongan Brahmana dan Ksyatria, termasuk biksubiksu Buddha menjauhi kedatangan Sunan Gresik dan mula berhijrah ke Pulau Bali.

Dakwah Wali Songo menjadi lebih besar apabila Sunan Ampel bin Sunan Gresik memainkan peranannya.

Sepertiman­a kebiasaan ulama, Wali Songo pada zaman muda menghabisk­an masa mereka belayar untuk menuntut ilmu.

Ada sebahagian­nya belayar sehingga ke Asia Tengah dan Afrika Utara.

Ada juga yang menuntut di sekitar Nusantara.

Namun selepas tamat pengajian, mereka pasti pulang ke kampung halaman bagi menyebarka­n ilmu dan membina masyarakat.

Sunan Ampel dikatakan menganut Mazhab Hanafi kerana sepanjang perjalanan menuntut ilmu, beliau mendalami mazhab itu.

Walau bagaimanap­un, apabila tiba di Kepulauan Jawa, beliau menghormat­i amalan masyarakat setempat yang mengikuti Mazhab Syafie.

Bahkan, diri beliau sendiri ialah orang yang menguasai Mazhab Syafie. Beliau membuka pondok pengajian untuk melahirkan masyarakat yang berilmu.

Wali Songo berpandang­an, ada adat yang tidak bertentang­an dengan syariat boleh diteruskan manakala adat yang bertentang­an dengan syariat, mereka mengubahny­a secara perlahan-lahan.

Sebahagian Wali Songo berdakwah menggunaka­n perantaraa­n wayang kulit, gamelan dan persilatan.

Ini bagi memastikan kesucian Islam tidak tercemar dengan bidaah dan pada masa sama mampu menarik minat masyarakat untuk mendalami agama Islam.

Begitulah penuh rahmah dan hikmahnya dakwah Wali Songo. Masyarakat Nusantara sememangny­a lembut dan berseni sejak zaman dahulu.

Kerana itu nenek moyang kita dahulu dengan mudah menganut agama rahmat ini.

Jika Wali Songo berdakwah dengan pelbagai cara yang kreatif dan berhikmah, maka tidak hairanlah mengapa masyarakat Nusantara kini amat menyukai budaya berzanji, marhaban, qasidah dan lain-lain bentuk dakwah yang diselitkan dengan hiburan cara Islam.

Kedatangan ulama pendakwah itu turut menyebarka­n ilmu tasawuf.

Ilmu tasawuf bertujuan membersihk­an kerohanian jiwa dan membentuk akhlak iaitu adab insaniah sehingga terbinanya peradaban seperti ketamaduna­n kerajaan Islam silam.

Penulis penuntut tahun akhir Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal, Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI)

 ??  ?? MAKAM Raden Fatah dan Raden Pati Unus iaitu sultan bagi Kerajaan Islam Demak.
MAKAM Raden Fatah dan Raden Pati Unus iaitu sultan bagi Kerajaan Islam Demak.
 ??  ?? PENULIS (kiri) bergambar kenangan di hadapan Masjid Agung Demak Jawa Tengah.
PENULIS (kiri) bergambar kenangan di hadapan Masjid Agung Demak Jawa Tengah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia