Harian Metro

Terus legasi ayah

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 Dua beradik dididik cintai kitab suci sejak kecil

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah yang dapat diungkapka­n mengenai dua beradik Nor Faizah Panut dan Nor Farhatul Fairuzah yang mewarisi bakat kedua ibu bapa mereka sebagai qari qariah.

Latar belakang ibu bapa selain minat dipupuk sejak kecil mendorong Nor Faizah, 30, dan adiknya Nor Farhatul, 19, mengikut jejak langkah orang tua mereka.

Nor Faizah berkata, arwah bapanya Panut Markom dan ibu kesayangan Jaliah Simin, 63, pernah menyertai Majlis

Tilawah dan

Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan, malah ibunya turut memenangi tempat ketiga pada 2004.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, sejak kecil mereka sering dibawa ke majlis bacaan al-Quran dan tilawah menyebabka­n minat terhadap bidang itu timbul dengan sendirinya.

“Arwah abah mendidik kami mencintai al-Quran dan setiap pagi sebelum ke sekolah kami disuruh mengaji, begitu juga pada waktu malam.

“Walaupun kini bekerjaya dan mempunyai keluarga, tetapi ilmu dicurahkan arwah abah tetap saya teruskan. Saya bersyukur suami memberi sokongan kuat,” kata guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.

Nor Faizah antara tujuh peserta memperdeng­arkan bacaan pada malam keempat Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandara­n Seremban di sini, semalam.

Beliau mewakili Selangor memperdeng­arkan bacaan ayat 126 Surah Al-Baqarah dengan taranum soba dan nahawand manakala adiknya mewakili Negeri Sembilan memperdeng­arkan bacaan ayat 18 Surah Al-Isra’.

Katanya, ia penyertaan­nya kali ketujuh dengan kali pertama menyertai majlis itu ketika berusia 18 tahun dan pernah dinobatkan sebagai Naib Johan pada 2016.

Sementara itu, Nor Farhatul berkata, walaupun penyertaan­nya pada MTHQK itu kali pertama tetapi dia mengakui tenang kerana mendapat sokongan kakak serta ibu yang sentiasa menemani.

Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutua­n (SMAP) Labu di sini, meletakkan penyertaan­nya itu sebagai pengalaman dan cabaran untuknya menjadi lebih baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia