Harian Metro

‘SAYA TAK PERNAH TANYA’

-

berkomunik­asi dengan menulis pada papan putih.

Katanya, hal itu kerana anaknya itu tidak dapat bercakap berikutan ada tiub dalam mulutnya.

Hamdan: Daripada pemerhatia­n, bagaimanak­ah keadaan dia ketika menerima rawatan di IJN?

Mohd Kassim: Keadaan dia semakin baik. Tak silap dalam tempoh lima hari, lepas itu kesihatan dia semakin merosot.

Hamdan: Semasa ada anggota bomba datang bertanyaka­n soalan, keadaan arwah masa itu macam mana?

Mohd Kassim: Ketua bomba itu datang dalam keadaan (arwah) yang cukup baik.

Menurutnya, Muhammad Adib juga pernah menulis pada papan putih perkataan ‘Jiha’ iaitu nama tunangnya.

“Saya faham dia nak jumpa Jiha dan dimaklumka­n supaya bawa Jiha jumpa dia,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufiq Baharum, Mohd Kassim berkata, keluarga pernah menaruh harapan semoga anaknya itu sembuh selepas keadaannya dilihat semakin pulih.

Ahmad Taufiq: Pak Kassim sebut tadi arwah banyak bertanyaka­n mak dia, adik-adik. Itu masa dalam lima hari tu ke?

Mohd Kassim: Ya.

Ahmad Taufiq: Keadaan dia (masa lima hari) itu, trauma atau pun dalam keadaan (pengaruh) ubat atau dadah?

Mohd Kassim: Dia macam normal apabila diajukan soalan. Dia akan jawab dan dia juga ada tanya soalan, Mana mak, mak apa khabar, ada duit belanja?.

Selain itu, Mohd Kassim berkata, Muhammad Adib pernah bertanya sama ada dia boleh dibawa pulang dan berubat di kampung.

“Dia pernah tulis kita balik berubat kat kampung tetapi saya bagi keyakinan supaya kita tunggu di sini (IJN). Di sini, IJN tempat terbaik... doktor terbaik. Jadi, dia pun dapat terima,” katanya.

Ketika menjawab soalan peguam pemerhati Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syazlin Mansor, Mohd Kassim turut berkongsi anaknya itu pernah meracau pada awal pagi ketika dirawat di ICU IJN.

“Jururawat panggil pada jam 3 atau 4 pagi dan kami pergi dan tenangkan dia,” katanya.

Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang

Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung hari ini.

 Keterangan bapa Adib undang suasana pilu di kamar mahkamah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia