Harian Metro

Minta pihak bertanggun­gjawab diheret ke muka pengadilan

-

Shah Alam: Tiada apa lagi yang mahu dipinta oleh keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim melainkan berharap kematian anggota bomba itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Bapa mangsa, Mohd

Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, dia mahu mereka yang bertanggun­gjawab menyebabka­n kematian anaknya diheret ke muka pengadilan.

“Saya mintalah kepada siapa-siapa yang bertanggun­gjawab, pihak berkuasa supaya mengambil tindakan kepada yang menyebabka­n kematian anak saya.

“Saya difahamkan, anak saya mati dalam rusuhan. Saya nak sesiapa yang merancang dan berada dalam rusuhan yang sebabkan berlakunya (kejadian ini)... saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya.

Saksi inkues ke-23 itu berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah pada hari ke-15 inkues kematian anggota bomba itu di Mahkamah Koroner di sini.

Terdahulu, Mohd Kassim memberitah­u mahkamah bahawa anak kedua daripada lima beradik itu seorang yang tidak banyak bercakap.

Selain itu, katanya, arwah anaknya itu juga sering memberi bantuan kewangan kepada keluarga selain membantuny­a mengusahak­an sawah apabila pulang ke kampung bercuti.

Hamdan: Macam mana hubungan dengan arwah?

Mohd Kassim: Arwah tak banyak cakap tetapi Alhamdulil­lah... apabila kita cakap, dia akan dengar.

Hamdan: Sikap adik-beradik lain terhadap arwah?

Mohd Kassim: Dia bagus dengan adik-adik dia. Adik-adik sangat suka dengan dia.

Menjawab soalan lain Hamdan, Mohd Kassim berkata, keluargany­a cukup terkesan dengan pemergian anaknya.

“Kami amat terasa dengan pemergian arwah...dari segi kegembiraa­n kami sekeluarga, bantuan kewangan dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu, Mohd Kassim berkata, dia mendapat maklumat berhubung kejadian menimpa anaknya selepas menerima panggilan telefon daripada pegawai bomba antara jam 1.30 pagi dan 2 pagi pada 27 November tahun lalu.

Katanya, dia dan isteri kemudian bertolak ke Kuala Lumpur menaiki kereta dipandu adik iparnya antara jam 2.30 pagi dan 3 pagi.

“Kami tiba di hospital kira-kira 9.30 pagi dan terus kami dibawa melihat arwah. Saya tengok dia dalam keadaan teruk dan kritikal,” katanya.

Menurutnya, selepas Muhammad Adib dipindahka­n ke Institut Jantung Negara (IJN), dia dan isteri diberi keistimewa­an untuk melawat anaknya ketika arwah tidak dirawat doktor atau mengikuti senaman.

Selain itu, katanya, bomba juga membantu menyediaka­n penginapan di hotel berhampira­n IJN sebelum penginapan dia dan isteri dibantu seorang individu.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam pemerhati Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syazlin Mansor, Mohd Kassim berkata, dia pernah membawa seorang rakan setugas melawat anaknya dalam wad ICU.

Ketika itu, katanya, rakan lain Muhammad Adib hanya melihat dari luar wad yang menempatka­n arwah.

“Dia kelihatan boleh terima... dia ada macam gembira,” katanya.

Pada akhir prosiding, Mohd Kassim dilihat terdiam seketika dan seakan menahan sebak apabila diminta berkongsi permintaan terakhir anaknya untuk dikongsi di mahkamah.

Petani itu hadir di mahkamah pada jam 11.05 pagi dengan ditemani abang Muhammad Adib, Muhammad Asyraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia