Harian Metro

Dapur jadi tempat tidur

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

 Hanya bilik tidur, ruang memasak tempat lapan sekeluarga berteduh sejak lebih 10 tahun lalu

“Hanya bilik tidur dan ruang dapur yang sempit ini menjadi tempat kami sekeluarga tidur dan berehat sejak lebih 10 tahun lalu,” kata Mek Eshah Awang Ahmad, 55.

Beliau berkata, disebabkan kesempitan hidup, dia dan suaminya, Ali Daud, 67, tidak mampu menyediaka­n rumah selesa untuk keluargany­a.

Katanya, dia dan suaminya tidur di dapur manakala empat anak dan dua cucu berusia lima hingga tujuh tahun tidur di bilik usang yang papan lantainya sudah reput.

“Ruang tamu rumah pusaka yang didiami kami sekeluarga sejak 80 tahun lalu tidak boleh digunakan lagi kerana banyak papan lantai yang sudah reput serta berlubang dan disebabkan kekangan kewangan menyebabka­n kami tidak mampu menggantik­annya.

“Pada masa sama, saya juga bimbangkan keselamata­n dua cucu yang masih kecil dan sebelum ini mereka pernah terjatuh ketika sedang bermain di dalam rumah,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Menurutnya, dia mempunyai lapan anak yang semuanya hanya bekerja kampung dan di kilang ini menyebabka­n mereka sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan selain tidak mampu membaiki rumah pusaka.

“Bagi menampung keperluan harian, saya bekerja sebagai tukang sapu di sekolah sekitar Kota Bharu dengan pendapatan RM1,000 sebulan memandangk­an suami saya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun tidak lagi bekerja selepas kedua-dua matanya kabur.

“Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, saya perlu berjimat. Mujur suami mendapat bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM400 sebulan yang sedikit sebanyak meringanka­n beban ditanggung,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­n bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 03010-41-00023887-2 atas nama Mek Eshah Awang.

 ??  ?? MEK Eshah bersama suami, Ali dan cucunya terpaksa berehat di ruang dapur yang sempit di rumah pusaka mereka di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.
MEK Eshah bersama suami, Ali dan cucunya terpaksa berehat di ruang dapur yang sempit di rumah pusaka mereka di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia