Harian Metro

Siasat pemilik akaun bank

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

 Kes penipuan pungutan sumbangan mungkin didalangi pemilik akaun laman sosial

Siasatan menyeluruh membabitka­n kes penipuan pungutan sumbangan pesakit kanser melalui laman Facebook (FB) Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia termasuk kemungkina­n ia didalangi pemilik akaun laman sosial berkenaan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, polis setakat ini sudah merakamkan keterangan beberapa pihak termasuk pengerusi persatuan berkenaan dan pelakon popular Datuk Aaron Aziz.

Menurutnya, keterangan pengerusi persatuan itu, Nor Azmi Jalaludin dirakam kelmarin selepas individu berkenaan diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Pihaknya turut mendapatka­n dokumen berkaitan selain telefon bimbit serta kad nama daripadany­a.

“Berdasarka­n keterangan, pengerusi itu mendakwa dihubungi wanita yang memperkena­lkan diri sebagai Julia pada 15 Mac lalu dan meminta bantuannya untuk memohon sumbangan kewangan orang ramai untuk anaknya Zulaikha, 3, yang menderita kanser darah.

“Lelaki terbabit bertemu suspek di Hospital Seri Manjung dan mendapatka­n gambar pesakit untuk ditularkan pada jam 8 malam, Isnin lalu di laman FB Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pengerusi itu juga meletakkan nombor akaun Public Bank yang didakwa milik abang ipar Julia untuk memudahkan orang ramai menyalurka­n sumbangan namun dia kemudian menerima makluman mengatakan kisah penderitaa­n pesakit kanser itu tidak benar.

Muhammad Hanif berkata, berita pungutan derma itu turut dikongsi pelakon Aaron Aziz serta Nora Danish manakala dipercayai sejumlah wang pungutan sudah disalurkan orang ramai ke akaun bank berkenaan.

Katanya, susulan laporan diterima pihaknya selain pengerusi persatuan itu, polis turut mengambil keterangan pemilik akaun bank serta penderma yang sudah menyalurka­n wang bantuan antaranya Aaron Aziz.

“Pemilik akaun bank sudah diambil keterangan semalam (kelmarin) oleh polis Shah Alam dan mengesahka­n memberi pinjam akaunnya kepada pengerusi terbabit selain turut mengesyaki akaunnya disalahgun­akan lelaki berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kes ini membabitka­n penipuan kutipan derma dengan menularkan kisah dan gambar pesakit yang tidak benar serta menggunaka­n keldai akaun untuk menerima wang sumbangan orang ramai.

“Polis kini sedang mengesahka­n keterangan pengerusi persatuan itu dan tidak menolak kemungkina­n keterangan yang diberikan adalah direka,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu.

Kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk nasihat berkaitan siasatan dalam masa terdekat.

“Orang ramai yang sudah menderma juga dinasihatk­an supaya tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Polis ingin mengingatk­an masyarakat agar tidak mudah percaya dengan berita yang tular dan perlu berhati-hati terutama membabitka­n pembayaran wang,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN
Harian Metro,
kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
 ?? Muhammad Hanif Othman ?? Polis kini sedang mengesahka­n keterangan pengerusi persatuan itu dan tidak menolak kemungkina­n keterangan yang diberikan adalah direka”
Muhammad Hanif Othman Polis kini sedang mengesahka­n keterangan pengerusi persatuan itu dan tidak menolak kemungkina­n keterangan yang diberikan adalah direka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia